Showing posts with label Noor Suraya. Show all posts
Showing posts with label Noor Suraya. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

Cintaku Luruh di Oxford by Noor Suraya & Imaen



Tajuk : Cintaku Luruh di Oxford
Pengarang : Noor Suraya & Imaen
Penerbit : JS Adiwarna
Muka Surat : 738
Harga:  RM 30 (including postage)
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
Satu penggal yang indah terasa singkat. Zuha terpaksa kembali; Zuha harus berhenti belajar; dan Zuha telah hilang tanpa tanda. Pernahkah Zuha-Falah sedar hati mereka sedang nyanyikan lagu senada sejak itu? Setelah hati mereka luruh di Oxford, mungkinkah hati yang hilang itu temui pasangannya semula?

* * *

Sebuah tulisan cinta - NOOR SURAYA & IMAEN - yang 'dilukis' bersama. IMAEN memperlihatkan kepakarannya mengungkap 'Cintaku Luruh' menjadi sebuah mahakarya dan NOOR SURAYA menggunakan kebolehan berbahasa indahnya untuk menukarkan musim luruh menjadi musim bunga 'di Oxford'.

✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿

Monday, September 17, 2012

Gadisku, Wan Adnin by Noor Suraya


SOLD TO NADIAH

Tajuk : Gadisku, Wan Adnin
Pengarang : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni
Muka Surat : 313
Harga:  RM 18 (including postage)
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
cinta itu kurniaan Allah
jatuh dalam hati-hati hamba-Nya

Wan Adnin satu-satunya cucu perempuan Wan Suhaidah. Neneknya itu wanita aristokrat yang hidup dalam zaman yang salah. Dia mahu tentukan pasangan hidup Adnin. Dia mahu Adnin mendapat suami yang sedarjat. Satu per satu pinangan orang Wan Suhaidah tolak sehinggalah hadirnya Ahmad Akhtar...

“Tapi kalau Tok Bonda kau tu panjang umur sampai seratus tahun, macam mana? Cuba kira berapa lama kau kena ‘kelola’ dia di sini. Kira umur kau sudah berapa waktu tu?”

“Haniiii!”
“59!!!” Cepat sahaja Zie mengira. Mentang-mentanglah emaknya itu ada kedai runcit kampung.
Adnin ambil bantal dan memukul mesra Hani, kemudian Zie.
Jahat!

“Adnin! Kau ingat Akhtar nak kahwin dengan kau yang sudah nenek-nenek waktu tu! 59, Adnin, 59! Ingat tu,” sambung Hani. Sementara itu Zie pula membuat gema mengulang usikan Hani: ‘59, Adnin, 59! Ingat tu’.
Sheri dan Zila sudah ketawa. Tidak tahan.

“Yalah, kalau dah betul Akhtar tu cinta kat kau separuh mati pun, padan patutlah... takkan sampai tua kerepot pun dia masih setia nak tunggu!” tambah Zie menambah benzin.

Sampainya hati mereka kata macam tu dekat Tok Bonda. Kawan-kawannya itu tak pernah berhenti ‘membasuh otak’nya supaya ‘menderhaka’.

Jadi apa yang Adnin pilih? Ikut rasa Tok Bondanya, atau ikut kata hati! Tapi kata peribahasa lama pula, ikut rasa... binasa, ikut hati... mati!
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿

Sunday, September 16, 2012

Kisah Cinta Seribu Wajah



Tajuk : Kisah Cinta Seribu Wajah
Antalogi Cerpen
Diselenggara oleh : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni
Muka Surat : 313
Harga:  RM 20 (including postage)
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
Enam belas penulis ‘Keluarga JS’ (Adiwarna & Jemari Seni) ‘berpadu suara’ untuk berbicara fasal cinta dalam antologi lapan belas cerpen berwarna-warni ini. Koleksi cerpen Kisah Cinta Seribu Wajah ini adalah ‘kisah’ yang belum pernah diterbitkan di mana-mana media cetak.

Dengarlah bagaimana penulis bercerita fasal kisah cinta mereka; fasal cinta mereka yang dekat dengannya; atau cinta mengikut pemerhatian dan pengertian mereka. Penulisan pelbagai gaya, latar dan teknik ini eksklusif dipersembahkan buat pembaca ‘Keluarga JS’ sebagai hadiah daripada kami untuk anda.

Inilah mereka – Aidah Bakri. Dihsar Ludba Haqifa. Fatihah Pauzihal. Hafizah Iszahanid. Hafizul Osman. Haswida Abu Bakar. Ijazati Habib. Ika Madera. Imaen. John Norafizan. Kamalia. Misdhiaz. Nazawati. Noor Suraya. Pingu Toha. Szalies.
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿

Saturday, June 18, 2011

Langsir Biji Remia by Noor Suraya

SOLD TO Erma 
Tajuk : Langsir Biji Remia 
Pengarang : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni
Muka Surat : 263
Harga:  RM 13 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Duha, pandanglah mataku yang berbisik... Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna
lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia? 

Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.

Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?

Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.

* * * *
Kelebihan karya NOOR SURAYA terletak pada bahasanya yang lembut berserta ceritanya yang memikat. Pemegang ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya ini menulis dengan hatinya. Disiplin menulisnya diterap sejak menjadi pelajar Komunikasi di Universiti Sains Malaysia lagi. Munsyi Dewan ini pernah memenangi beberapa hadiah penulisan antaranya Hadiah Utama Sayembara Cerpen Esso-Gapena IX (1992) dan Hadiah Penghargaan Menulis Cerita Kanak-kanak Mobil-DBP (1998).

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿



Wednesday, November 24, 2010

Nyanyian Tanjung Sepi by Noor Suraya

SOLD TO Nurulhuda
Tajuk : Nyanyian Tanjung Sepi
Pengarang : Noor Suraya
Penerbit : Creative Enterprise
Harga: RM 34 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Dan sepi itu terus menghambat aku kemana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai , masa yang indah itu sudah pergi semuanya...sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini.Aku seperti camar yang patah sayap.Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan.


Aqmar : Senyuman itu membuat hutan rasanya terbakar, dan lirikan mata sang bidadarinya membuat beku hatinya bisa cair.

Zainur : Beku hatinya pernah 'sekali' cair dengan panahan mata sang dewi cinta. Cintanya pernah hangus pada sinar api renungan dia.

Khalida : Kekasih, akulah tulang rusuk kirimu yang hilang itu!
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Ehsan: http://cesb.net.my/

Panggil Aku Dahlia by Noor Suraya

SOLD TO Nur Azizulfariza
Tajuk : Panggil Aku Dahlia
Pengarang : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni
Mukasurat : 542 Halaman
Harga: RM 18 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.


Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah? Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!

Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.

Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Tuesday, November 23, 2010

Surat Ungu untuk Nuha by Noor Suraya

SOLD TO Nur Azizulfariza
Tajuk : Surat Ungu untuk Nuha
Pengarang : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni
Harga: RM 16 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Novel ini membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspres Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada ‘titik’ sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu!
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿