Wednesday, July 27, 2011

Nuansa Kota Merah by Khairyn Othman

SOLD TO NADIAH

Tajuk : Nuansa Kota Merah
Pengarang : Khairyn Othman
Penerbit : Jemari Seni
Muka Surat : 511
Harga:  RM 16 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Babak 1:
Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aaron Mauricio, tetapi dengan cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat merasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!

Babak 2:
Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui, Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.

Babak 3:
Shuaib, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, “Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma.”
Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?
* * *
KHAIRYN OTHMAN menulis sesuatu yang baharu, lain daripada yang lain. Kali ini dia menggunakan kemahiran kewartawanannya untuk memperincikan Bumi Sepanyol pada pembacanya.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿


 Ehsan : http://www.jemariseni.com/02/

No comments:

Post a Comment