Sunday, November 28, 2010

Kembalikan Cintaku by Norhayati Berahim

SOLD TO Masna Nawawi
Tajuk : Kembalikan Cintaku
Pengarang : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Harga: RM 20 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
"Cinta mereka telah ditakdir akan diduga"

Rasanya tidak pernah seorang pun manusia di dunia, memohon untuk merasa sakit dicintai dan ditinggalkan pergi. Begitu juga Wardina. Dicintai juga tidak pernah dipinta apatah lagi ditinggalkan di saat bulan madu masih merah menyala. Zafrul suaminya pergi tanpa khabar berita. Wardina tertekan dan kadangkala rasa terhina. Pantasnya seorang lelaki berjanji, pantasnya mereka pergi. Namun sebagai manusia, Wardina harus akur takdir yang telah diaturkan untuknya...

Wardina hanya sebatang kara. Semasa menuntut dia bertemu dengan Zafrul yang sememangnya suka berfoya-foya dan mabuk. Tabiat buruknya itu telah hampir membuatnya terbunuh di dalam kemalangan. Kebetulan Wardina ada berdekatan, maka dialah yang menyelamatkan Zafrul. Sejak hari itu, Zafrul mula jatuh hati pada Wardina dan cuba mendekati gadis itu. Bermacam-macam helah dibuatnya untuk memenangi hati gadis itu. Tanpa serik, akhirnya dia berjaya menawan hati Wardina lalu mereka menikah dan bahagia sehinggalah ke hari Zafrul pulang ke Malaysia kerana memenuhi permintaan bapa Zafrul yang sememangnya tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut. Kerana wang ringgit dan kedudukan yang dijanjikan oleh bapanya telah membuatkan Zafrul alpa akan tanggungjawabnya terhadap Wardina. Kehilangan Zafrul telah mendorong Wardina untuk menyusuli Zafrul sebaik saja pengajiannya tamat. Namun kepedihan yang sedia ada, menjadi bertambah parah apabila matanya sendiri menyaksikan perkahwinan si suami bersama perempuan lain. Hancur luluh hati Wardina dan dia bertekad untuk membawa dirinya jauh dari bumi Malaysia.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

No comments:

Post a Comment