Tajuk : Berbisiklah
Rindu
Pengarang : Suhaniza
Sulaiman
Penerbit : Buku Prima
Muka Surat : 476
Harga: RM 16 (including
postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Kerana dendam lampau
yang tidak berkesudahan, ramai yang telah merana dan menjadi korban. Kerana
dendam itu juga, maka terciptalah pertemuan antara Iswan, Misha, Haikal dan
Marsha.
Pertemuan yang tidak
dirancang membuka lembaran baru dalam hidup Iswan yang masih lagi terluka serta
kecewa ditinggalkan si kekasih sewaktu ikatan pertunangan ingin disatukan
menjadi ikatan suci suami isteri yang berkekalan abadi. Ia juga memberi sinar
cinta dalam hidup Misha yang kini sudah mula mengenal erti rindu dan kasih sayang
yang membuai hati dan perasaan.
Malah menjanjikan
seribu satu kebahagiaan buat Haikal dan Marsha yang masih lagi dibelenggu kisah
silam yang pahit dan sukar untuk dilupakan.
Musibah yang datang
akibat peristiwa lampau yang masih lagi memburu hidup mereka begitu menguji
sedalam mana kasih sayang di antara empat insan bercinta ini. Namun kerana
bisikan rindu yang kuat menggamit jiwa dan kasih sayang yang sentiasa utuh di
hati, mereka mampu mengukuhkan ikatan percintaan yang murni sehingga berjaya
mencipta kebahagiaan buat selamanya.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
No comments:
Post a Comment