SOLD TO ET
Tajuk
: Takdir Itu Milik Aku
Pengarang
: Siti Rosmizah
Penerbit
: SR Publication
Muka
Surat : 1057
Harga:
RM 38 (including postage)
✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿
Dian
Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak
saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul,
cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke
menara gading telah musnah di tengah jalan.
Dian
disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi
orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma.
Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam
hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji
untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.
Zarif
Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh
dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak
teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada
rancangan yang diatur dengan mamanya.
Datin
Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu
pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk
membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis
malang ini yang menjadi mangsa mereka?
“
Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh,
berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin
dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau
tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh
hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau
selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang
begitu tepu di hati."
Allahuakbar!
Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya
itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan
kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya.
Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah
tidak bererti padanya lagi.
Memekiklah!
Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap
anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati!
Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang
akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!
✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿
Assalam
ReplyDeletehi saya book yg ni yer...
dah submit order form..
hope masih ada
Wasalam...
ReplyDeleteNovel nie masih ada...
i booked kan utk u..
nanti i email details yer.. :)