Friday, October 19, 2012

Nah, untuk Awak! by Nirrosette


SOLD TO AZIE
Tajuk : Nah, untuk Awak!
Pengarang : Nirrosette
Penerbit : Jemari Seni
Muka Surat : 474
Harga:  RM 16 (including postage)
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
Kau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biru.
Kata Najiha, hidup ini mudah. Punya babah yang menyayanginya sepenuh hati. Kekasih hati yang sempurna di matanya. Kawan-kawan yang setia di sisi. Hidup Najiha sudah lengkap.
Namun, langit tak selalu cerah. Cinta hatinya beralih arah kepada orang yang dia percaya. Najiha terkedu seketika. Hidup ini bukan semudah yang dijangka. Lalu, dia mencari tenang di bumi Korea. Tenang yang dicari sentiasa saja diganggu oleh Si Janggut Sejemput.

 “Awak intip saya ke apa ni?”
“Nak intip awak buat apa? Tak ada maknanya.”
“Habis tu mana-mana saya pergi kenapa saya nampak awak saja?”
“Tempat ni bukan awak yang punya.”
Baru saja luka di hati ini ingin sembuh, Najiha diduga lagi dengan pemergian yang tersayang. Namun, Najiha pasti setiap yang berlaku, pasti ada hikmah-Nya. Jalan bahagia ada di depan matanya. Najiha hanya perlu memilih untuk ke kiri atau ke kanan.
Andai takdir jodohku bukan denganmu, aku percaya Dia telah memilih yang lebih baik untukmu.
***
Selepas Ikhlas, A. K! kini NIRROSETTE membawa kita menelusuri hidup Najiha yang percaya pada pengakhiran yang bahagia. Nah, untuk Awak! Sebuah kisah bahagia bersulam luka ini ditulis dengan pena yang cantik dan bahasa yang santai.
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿

Penunggu Cinta by Zyra Safiya


SOLD TO AZIE
Tajuk : Penunggu Cinta
Pengarang : Zyra Safiya
Penerbit : Buku Prima
Muka Surat : 492
Harga:  RM 16 (including postage)
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
Suatu masa dahulu, Najid, seorang panglima muda yang sarat dengan ilmu persilatan dibunuh kejam. Kematiannya diratapi isteri tercinta, Fatimah. Hari-hari penuh kesepian meragut kewarasannya, menjelmakan Najid di mata. Fatimah dituduh gila.

Hakikatnya, penganiayaan ke atas Fatimah merupakan angkara seseorang yang berdendam kesumat, menagih cinta yang tidak kesampaian. Kini, Hariz dengan kehidupan modennya, telah didesak ayahnya untuk mengahwini tunangnya, Sarah. Pulangnya Hariz ke kampung meleraikan satu penantian. Ada sesuatu telah lama menunggunya untuk didampingi. Bisa cinta membuatkan Sarah akur menjadi mangsa.

Tanpa diduga Hariz, kedinginannya pada Sarah seiring celaru, cemburu dan sangsi. Dua kisah dipisahkan dua zaman namun ditauti api cinta yang merobohkan sempadan masa. Antara mereka penunggu cinta. Antara mereka syaitan durjana. Antara dua pasti ada yang ketiga. Hanya iman mampu menyelamatkan mereka.
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿

Epilog 3 Naga by Kaz Ishak



Tajuk : Epilog 3 Naga
Pengarang : Kaz Ishak
Penerbit : Alaf 21
Muka Surat : 413
Harga:  RM 15 (including postage)
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
Mereka merupakan sahabat karib sejak kecil. Di mana ada Fazarul, pasti akan kelihatan Khalid dan Sean di sampingnya. Kenakalan zaman remaja dirasakan suatu lumrah. Namun, ia mula membawa padah tatkala batasnya dilangkah. Jiwa remaja mereka mula hanyut tidak terbendung.

Khalid tersilap memilih jalan hidup. Sedikit demi sedikit dia terheret ke kancah kumpulan kongsi gelap. Semakin hari semakin sukar untuk melarikan diri.

Keinginan untuk berseronok di sebuah pusat hiburan hanya mengundang sengketa. Tempat sueh itu menjelmakan tragedi. Sean menjadi mangsa pertama.

Fazarul pula masih kuat semangatnya. Dia nekad mahu melepaskan Khalid dari dunia itu. Rakannya dipujuk untuk menyerah diri. Tetapi, tiada yang pasti apabila hati sudah diselubungi dendam. Di manakah titik pengakhirannya?

✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿

Monday, September 17, 2012

Gadisku, Wan Adnin by Noor Suraya


SOLD TO NADIAH

Tajuk : Gadisku, Wan Adnin
Pengarang : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni
Muka Surat : 313
Harga:  RM 18 (including postage)
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
cinta itu kurniaan Allah
jatuh dalam hati-hati hamba-Nya

Wan Adnin satu-satunya cucu perempuan Wan Suhaidah. Neneknya itu wanita aristokrat yang hidup dalam zaman yang salah. Dia mahu tentukan pasangan hidup Adnin. Dia mahu Adnin mendapat suami yang sedarjat. Satu per satu pinangan orang Wan Suhaidah tolak sehinggalah hadirnya Ahmad Akhtar...

“Tapi kalau Tok Bonda kau tu panjang umur sampai seratus tahun, macam mana? Cuba kira berapa lama kau kena ‘kelola’ dia di sini. Kira umur kau sudah berapa waktu tu?”

“Haniiii!”
“59!!!” Cepat sahaja Zie mengira. Mentang-mentanglah emaknya itu ada kedai runcit kampung.
Adnin ambil bantal dan memukul mesra Hani, kemudian Zie.
Jahat!

“Adnin! Kau ingat Akhtar nak kahwin dengan kau yang sudah nenek-nenek waktu tu! 59, Adnin, 59! Ingat tu,” sambung Hani. Sementara itu Zie pula membuat gema mengulang usikan Hani: ‘59, Adnin, 59! Ingat tu’.
Sheri dan Zila sudah ketawa. Tidak tahan.

“Yalah, kalau dah betul Akhtar tu cinta kat kau separuh mati pun, padan patutlah... takkan sampai tua kerepot pun dia masih setia nak tunggu!” tambah Zie menambah benzin.

Sampainya hati mereka kata macam tu dekat Tok Bonda. Kawan-kawannya itu tak pernah berhenti ‘membasuh otak’nya supaya ‘menderhaka’.

Jadi apa yang Adnin pilih? Ikut rasa Tok Bondanya, atau ikut kata hati! Tapi kata peribahasa lama pula, ikut rasa... binasa, ikut hati... mati!
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿

Sunday, September 16, 2012

Kisah Cinta Seribu Wajah



Tajuk : Kisah Cinta Seribu Wajah
Antalogi Cerpen
Diselenggara oleh : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni
Muka Surat : 313
Harga:  RM 20 (including postage)
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
Enam belas penulis ‘Keluarga JS’ (Adiwarna & Jemari Seni) ‘berpadu suara’ untuk berbicara fasal cinta dalam antologi lapan belas cerpen berwarna-warni ini. Koleksi cerpen Kisah Cinta Seribu Wajah ini adalah ‘kisah’ yang belum pernah diterbitkan di mana-mana media cetak.

Dengarlah bagaimana penulis bercerita fasal kisah cinta mereka; fasal cinta mereka yang dekat dengannya; atau cinta mengikut pemerhatian dan pengertian mereka. Penulisan pelbagai gaya, latar dan teknik ini eksklusif dipersembahkan buat pembaca ‘Keluarga JS’ sebagai hadiah daripada kami untuk anda.

Inilah mereka – Aidah Bakri. Dihsar Ludba Haqifa. Fatihah Pauzihal. Hafizah Iszahanid. Hafizul Osman. Haswida Abu Bakar. Ijazati Habib. Ika Madera. Imaen. John Norafizan. Kamalia. Misdhiaz. Nazawati. Noor Suraya. Pingu Toha. Szalies.
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿

Sunan Musafir by Ramlee Awang Murshid



Tajuk : Sunan Musafir
Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21
Muka Surat : 469
Harga:  RM 34 (including postage)
HARD COVER
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
Allah menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 - Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿