Thursday, April 21, 2011

Akukah Cinderella Itu? by Lily Haslina Nasir

SOLD TO Asiah Najihah

Tajuk : Akukah Cinderella Itu?
Pengarang : Lily Haslina Nasir
Penerbit : PTS
Harga:  RM 12 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Lisa adalah gadis biasa. Tiada istimewa pada dirinya. Dia hanya punya angan-angan dan doa. Dia mahu jadi cinderella yang sentiasa punya pari-pari membantunya tatkala dia berada dalam kesusahan.

Namun, Lisa tahu itu mustahil. Kuasa tuhan mengatasi segala keajaiban di muka bumi.
Tuhan mendengar doa Lisa. Berkat kejujurannya tatkala bekerja sambilan, dia diberi ganjaran menyambung pengajian di Kolej Universiti Malaysia. Di sana sgala-galanya bermula. Hidup Lisa diduga.
Dia dihambat dan dibuli seorang jejaka yang dipanggil 'anak raksasa'!

Mengapa Farid dipanggil anak raksasa? Mengapa pula Farid menggelar Lisa sebagai 'nenek kebayan'?
Itulah terjadi apabila gadis yang biasa-biasa sahaja bertemu dengan jejaka luar biasa!

Ikutilah cerita menarik ini!
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Tuesday, April 19, 2011

Serasi Di Hati by Nora Ismail

SOLD

Tajuk : Serasi Di Hati

Pengarang : Nora Ismail
Penerbit : NB Kara
Harga:  RM 18 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut

biasa-biasa sahaja. Tidak ada rasa sayang, tidak ada rasa kasih...
Bahkan Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama-sama berasa serasi di hati. 
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Sunday, March 27, 2011

Coklat, Bunga & Si Cupid by Zara Amani

SOLD TO Norziehan

Tajuk : Coklat, Bunga & Si Cupid

Pengarang : Zara Amani
Penerbit : Buku Prima
Muka Surat : 640
Harga:  RM 20 (including postage)
15% Harga baru : RM 17.00 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Tiga orang pemuda yang datang mengetuk pintu hati membuatkan Amelia Rania Qaisara resah. Zarul Haidi Fahimi muncul bargaya mengisi kamar hati. Wajahnya yang tampan membuatkan hati jatuh tertawan. Senyumannya mampu mencairkan hati yang gundah gulana. Semakin dia menjauh, semakin ia mendekati. Cinta dinikmati sekelip mata. Namun ego yang bermaharajalela menyukarkan segala.

Rifdi Hakimi membantu di kala sunyi. Dirinya pernah menjadi igauan malam suatu ketika dahulu. Namun hati yang menderita tiada siapa yang tahu. Fakhrul Qazril Amani muncul dengan membawa mentari indah. Dirinya sememangnya memenuhi ciri-ciri lelaki idaman. Apatah lagi wajahnya yang mirip dengan Haidi membuatkan dirinya sentiasa dibuai asmara.
Siapa sangka pemuda itu mampu menggoncang hati yang semakin berbelah-bagi. Pahitnya hempedu ditelan sendiri. Tanpa ada yang memahami.
 ✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿


Saturday, February 26, 2011

Dari Kerana Mata by Norhayati Berahim

SOLD TO Azie

Tajuk : Dari Kerana Mata

Pengarang : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Muka Surat : 870
Harga:  RM 26 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Bolehkah dipercayai cinta seorang kanak-kanak yang tidak punya apa-apa? Bolehkah dipegang segala janji dan kata-kata...

Bagi ramai orang cinta seorang anak hanya cinta monyet, cinta yang cepat pudar dan hilang dalam sekelip mata. Cinta yang akan melompat dari satu dahan ke satu dahan, dari pokok dan pergi tanpa apa-apa rasa? Tapi bagi seorang anak kecil seperti Atan, cinta itu terlalu tulus buat Jaliha. Cinta yang datang dari mata turun ke hati. Cinta yang memicu dia terus berdiri dan berlari. Cinta bagi seorang kanak-kanak ianya terlalu jujur untuk dikhianati dan walau musim berganti. Cinta itu tidak pernah berubah walau seinci.

 ✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Akulah Cinderella by Nozi Danisya

SOLD TO ASIAH NAJIHAH

Tajuk : Akulah Cinderella

Pengarang : Nozi Danisya
Penerbit : Kaki Novel
Muka Surat : 376
Harga:  RM 16 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga  ibu kepada Shafiq.  Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?

“Apa ni? Nak cari gaduh ke?” “Apa dia? Aku buat apa?”
  “Kau luku kepala aku tu kenapa?”

Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq?
‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.
 ✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿



Kembali Beroperasi


Assalamualikum dah salam sejahtera peminat-peminat novel semua....
NovelBestSeller2u sudah kembali beroperasi.
Untuk pesanan, sila isi borang pesanan di sini : http://novelbestseller2u.blogspot.com/p/borang-pesanan.html

Novel-novel yang berlabel SOLD bermaksud anda tidak berpeluang lg untuk membelinyaa....So tengok betul-betul dulu ek LABEL nye... :)  Harap Maklum.
Thank You semua :)

Kind regards,
NovelBestSeller2u