Saturday, May 21, 2011

Impikan Mentari by Shahzy Hana

SOLD TO LISA
Tajuk : Impikan Mentari
Pengarang : Shahzy Hana
Penerbit : Jemari Seni
Harga:  RM 15 (including postage)
15% Harga baru : RM 12.75 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Pernahkah anda mengalami rasa sedih seperti Izzati? Saat hati dilambung rasa bahagia melalui hari-hari indah, tiba-tiba Izzati ‘dihidangkan’ dengan babak bakal suaminya bermukah dengan adiknya sendiri?
Tunang yang amat dicintai dan mengakui amat mencintainya, telah membelah hatinya... nipis-nipis; berdarah parah, tidak mungkin sembuh. Lalu bagaimana kalau anda sendiri mengalami keadaan itu.
Sedalam manakah luka anda? Masih percayakah anda pada insan bernama lelaki?

Izzati juga seperti anda, hilang keyakinan diri untuk jatuh cinta dan bercinta lagi.

Namun hatinya yang beku, cair jua dengan gigihnya Ikhman mengetuk hatinya. Hatinya yang berbunga kembali mekar di jenjang pelamin bersama Ikhman. Namun takdir rupa-rupanya masih mahu mengujinya. Ketika bunga-bunga bahagia kembali mewangi, dia disahkan menghidap sakit di ambang maut. Kuatkah dia untuk bergelut melawan sel-sel darah putih yang rakus menelan darah merahnya dan berjuang untuk terus hidup bahagia bersama suami tersayang?
* * *
SHAHZY HANA menulis tentang luka, cinta dan kuatnya hati seorang perempuan. Mampukah anda jadi setabah Izzati yang tak pernah jemu-jemu untuk Impikan Mentari?

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Kaca Jendela Ainnur by Diya Nordin

SOLD TO LISA
Tajuk : Kaca Jendela Ainnur

Pengarang : Diya Nordin
Penerbit : Jemari Seni
Harga:  RM 15 (including postage)
15% Harga baru : RM 12.75 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Masa itu adalah makhluk Allah yang tak pernah henti berdetik

Seumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata. Dari kecil dia sering tertanya-tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama!

Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya. Sangkanya, apabila bertemu ayah, kurang-kurang dia punya kasih seorang bapa. Tapi dia salah. Ayah seperti mama. Tidak pernah menerimanya sebagai anak.

Dia menjadi daki dalam keluarga. Dia sedar duduk dirinya. Dia akhirnya pasrah, kasih mereka bukan untuknya. Dia harus pergi agar mama dan ayah bahagia dengan keluarga sendiri.
Kata Zhafran, “Ainnur bukan sekadar kejam pada Tok Mama dan Tok Baba. Tapi juga Uncle Luqman. Salah ke mereka hingga turut terhukum?”

Apa yang Zhafran tahu?

Semuanya dia yang tanggung. Rasa pedih, terluka. Semuanya ditelan sendiri. Dia sudah sehabis daya mencuba. Dia pergi pun atas kehendak mereka, jadi apakah dia yang kejam?
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Thursday, May 19, 2011

Kau Curi Hatiku by Iman Xara


Tajuk : Kau Curi Hatiku
Pengarang : Iman Xara
Penerbit : Jemari Seni
Harga:  RM 15 (including postage)
15% Harga baru : RM 12.75 (including postage)
Note: Ada terdapat 4 muka surat yg tidak bercetak dlm novel nie

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Seteguh manakah hati seorang isteri kalau hidup bersama suami setiap hari makan hati berulan jantung, sedang kekasih lama tetap setia dengan cintanya?

Arissa dan Zamil, rakan sekerja yang seperti anjing dengan kucing tidak boleh berdekat. Seorang bermulut laser dan seorang lagi mulut tiada insurans. Sering juga teman-teman mengingatkan mereka, kata orang, jangan terlalu membenci bimbang nanti menjadi suka. Tapi mereka tak percaya kerana rasa tidak suka itu terlalu tebal.

Namun siapalah mereka untuk menolak perasaan suka itu kalau perasaan itu mahu bertunas? Arissa kecewa kerana percintaannya dengan Firdaus terpaksa berakhir kerana keluarga; Zamil pula kecewa kerana hanya bertepuk sebelah tangan dengan Ain.

Mereka tidak tahu bahawa takdir telah menentukan hubungan masam-masam manis antara mereka begini dan kemudian begitu, jadinya. ✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Tuesday, May 17, 2011

Viva Sakura by Zuliana Abuas

SOLD TO SITI NOR HIDAYAH 
Tajuk : Viva Sakura
Pengarang : Zuliana Abuas
Penerbit : NB Kara
Harga:  RM 18 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Sakura Alia - secantik namanya dan sesuci kelopak sakura yang memutih. Di bumi ginseng, Korea, dia mencari secarik kepastian, biar dalam kepayahan. Dia perlu membongkar memori silam yang telah jauh dibenamkan oleh ayahnya sendiri, atas alasan sayang dan tidak mahu melukakan dirinya. Begitu jauh dia berkelana, dia tidak pernah menyangka pencariannya bernoktah begitu sahaja. Orang yang dicari sebenarnya sudah tiada. Namun dalam pencarian itu dia menemui sesuatu yang akan merubah hidupnya...

Semakin dia membenci semakin terasa cinta itu bertambah dalam
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Saturday, May 14, 2011

Sutera Bidadari by Ramlee Awang Murshid

SOLD TO NURUL NADIAH

Tajuk : Sutera Bidadari
Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21
Harga:  RM 18 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Saifudin - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa. 

Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding. 

Saifullah - Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Ramlee Awang Murshid - Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿


Dia & Dia by Bunick Firdaus

SOLD TO Norrazizie
Tajuk : Dia & Dia
Pengarang : Bunick Firdaus
Penerbit : Jemari Seni
Harga:  RM 16 (including postage)
15% Harga baru : RM 13.60 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
“Dia hadir dalam hidupku untuk menyembuhkan rawan yang bersarang di dada. Sedangkan dia yang pernah hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku mencintai dia yang seorang lagi?”
Cinta dan kasih yang saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?

Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. Telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? Apa yang tidak kena dengan hatinya yang sekeping ini?

Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa!

Antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿