Saturday, February 26, 2011

Akulah Cinderella by Nozi Danisya

SOLD TO ASIAH NAJIHAH

Tajuk : Akulah Cinderella

Pengarang : Nozi Danisya
Penerbit : Kaki Novel
Muka Surat : 376
Harga:  RM 16 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga  ibu kepada Shafiq.  Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?

“Apa ni? Nak cari gaduh ke?” “Apa dia? Aku buat apa?”
  “Kau luku kepala aku tu kenapa?”

Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq?
‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.
 ✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿



Kembali Beroperasi


Assalamualikum dah salam sejahtera peminat-peminat novel semua....
NovelBestSeller2u sudah kembali beroperasi.
Untuk pesanan, sila isi borang pesanan di sini : http://novelbestseller2u.blogspot.com/p/borang-pesanan.html

Novel-novel yang berlabel SOLD bermaksud anda tidak berpeluang lg untuk membelinyaa....So tengok betul-betul dulu ek LABEL nye... :)  Harap Maklum.
Thank You semua :)

Kind regards,
NovelBestSeller2u

Thursday, February 17, 2011

Business Closed Until Further Notice

Salam peminat-peminat novel semua...
Di sini ingin dimaklumkan bahawa NovelBestSeller menutup business buat sementara waktu atas-atas sebab peribadi..Kami tidak dapat menerima pesanan anda buat masa sekarang sehingga diberitahu kelak.
Harap Maklum.

Saturday, January 22, 2011

Tuhan Lebih Tahu by Nora Ismail

SOLD

Tajuk : Tuhan Lebih Tahu

Pengarang : Nora Ismail
Penerbit : NB Kara
Muka Surat : 670
Harga:  RM 20 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yang datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yang memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yang cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dengan Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? Namun akhirnya Rina sedar, dalam hidup, bagaimana kita mencaturnya....Tuhan Lebih Tahu
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Wednesday, January 19, 2011

.....Holiday....

Salam semua buat peminat2 novel...
Di sini ada sedikit announcement, kami di NovelBestSeller akan berehat buat sementara waktu atas sebab-sebab peribadi :) berehat di sini bermaksud tidak akan menerima tempahan buat sementara waktu.
Tempahan hanya boleh dibuat latest by 24 January 2011 dan pembayaran hendaklah dibuat sebelum 28 January 2011.
Kami akan bercuti panjang sedikit :D
Kami akan mula beroperasi semula pada 21 February 2011.
Harap maklum.

Sunday, January 16, 2011

Fantasi Cintaku by Fatinilam Sari Ahmad

SOLD TO Nur Azizulfariza

Tajuk : Fantasi Cintaku

Pengarang : Fatinilam Sari Ahmad
Penerbit : Buku Prima
Muka Surat : 492
Harga:  RM 16 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Percintaan antara Riya dan Alam tidak mungkin akan jadi nyata. Riya seorang manusia biasa dan Megat Dewa Alam, manusia vampira yang hidup hanya pada waktu malam. Demi kelangsungan hidup insan yang disayangi mereka harus berkorban, Pengorbanan itu bukanlah sesuatu yang mudah, memusnahkan sebuah jiwa yang penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang.Apakah mungkin Riya akan kembali menikmati cinta sejati setelah Alam meninggalkannya.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿