Thursday, January 13, 2011

3 Campur 1 = 1 by Ana Farhana

SOLD TO Suriani Ismail
Tajuk : 3 Campur 1 = 1
Pengarang : Ana Farhana
Penerbit : Jemari Seni
Muka Surat : 436
Harga:  RM 15 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Kalau tiga orang tak cukup untuk menyayangi Khairina, aku sanggup jadi lelaki yang keempat." ~ Hakimi

I
ARGHHH! Khairina menjerit kuat. Bengang sungguh dia dengan abang-abangnya.
"Menjerit sampai nak cair taik telinga aku," rungut Along.
"Oit! Kau orang ingat benda senang ke?" Susahhh!" omel Khairina.
"Susah apa ke bendanya? Senang aje. Suruh kahwin aje. Itu pun susah ke nak faham?" Mata angah membuntang.

II
"Nah ni gambar adik kami!"
Hakimi ambil gambar tu. Aduhai!
"Oit! Tenung lama-lama nampak," Acik berdeham kecil.
Hakimi kembali ke alam nyata. Dia tersengih seketika.
"Cantik adik kau orang ni, adik betul ke adik angkat?" soal Hakimi.

III
Kenyataan berani mati yang diluahkan oleh Hakimi tadi benar-benar meruntun hatinya. Tapi dia buat-buat selamba badak. Padahal jantung dia macam naj terjatuh keluar; melompat-lompat macam katak.

ANA FARHANA menulis untuk grup 'muda' yang mahu bacaan bermutu tetapi santai dan 'sempoi'. Sekiranya grup 'tua' tidak dapat menghadamkan cerita ini, hmm... ini bermakna usia anda betul-betul sudah 'terawet' dengan jayanya.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

…dan Cinta pun tersenyum. by Nora Ismail

SOLD TO Nur Azizulfariza

Tajuk : …dan Cinta pun tersenyum.

Pengarang : Nora Ismail
Penerbit : NB Kara
Muka Surat : 630
Harga:  RM 20 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
"Ervan... ini matahari pagi, bagus sebagai vitamin D yang penting untuk kekuatan tulang. Kamu tahu kenapa kamu tak tahan dengan cahaya matahari walaupun sedikit? Itu kerana kamu adalah orang yang berambut keperangan asli dan kulit berwarna putih. Orang yang paling tahan terkena radiasi matahari adalah orang yang berkulit gelap. Semakin gelap semakin terlindung dari sinar matahari. Tapi kamu, putih macam cicak! Manalah nak tahan dengan cahaya matahari!"
"What?!" Ervan terpekik.
"Kamu bilang aku seperti cecak?!"
Ervan merengus dengan mata terpelotot ke arah Surihani. Kalau tadi Surihani mengatainya sebagai mannequin, sekarang sebagi cecak pula! Eeii...! Ervan bergedik geli. 
"Iya... cicak... ck... ck... ck..." Balas Surihani sambil menggayakan bunyi cicak. Sengaja mahu menghangatkan hati Ervan. Tanpa menunggu reaksi Ervan, Surihani meneruskan melangkah. 
"Kurang ajar kamu! Dasar cewek jutek! Cuek!" Maki Ervan dengan bengang. ✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Sunday, January 2, 2011

Anarkis by Khairul Nizam Khairani

Tajuk : Anarkis

Pengarang : Khairul Nizam Khairani

Penerbit : PTS
Harga:  RM 27 (including postage)
15% Harga baru : RM 22.95 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Sarjan Awai Anak Gamung, seorang penembak hendap Gerup Gerak Khas membiarkan dirinya dipenjarakan selama lima tahun di wilayah Balkan. Baginya, tiada pengampunan atas dosa yang dilakukannya di wilayah bergolak itu. Sehinggalah pihak Angkatan Tentera Malaysia menjumpainya dan membawanya pulang.

Di Malaysia, dia sedari yang dia tidak punya apa-apa. Anak dan isteri telah meninggalkannya. Dan, bagai bayang-bayang hitam, dosa lalu tidak pernah meninggalkannya. Dia dikaitkan dengan kematian diplomat Britain, Sir  Sir Anthony Morse dan peguam belanya sendiri,  Jagjit Kaur. Keadaan mula menekan, dan dia terpaksa melarikan diri.

Kota raya Kuala Lumpur berubah menjadi medan pertempuran apabila sekumpulan tentera upahan misteri mula menjalankan operasi memburunya. Misi mereka: Sarjan Awai mesti mati!

Apabila nyawa keluarganya terancam, dia berhenti berlari. Daripada seorang yang diburu, dia menjadi pemburu. Kemusnahan mengikut setiap langkahnya. Tiada undang-undang dapat menghalangnya. Dia menjadi...

ANARKIS!
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Thursday, December 30, 2010

My Honey, Hani by Fathi Ramli



Tajuk : My Honey, Hani
Pengarang : Fathi Ramli
Penerbit : KarnaDya
Muka Surat : -
Harga:  RM 17 (including postage)
15% Harga baru : RM 14.45 (including postage)
 

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

“Kamu tahu tak? Seorang teman saya pernah berpesan, jangan pernah takut untuk bermimpi kerana adakalanya mimpi itu adalah cerminan masa depan yang akan mencorakkan perjalanan hidup kita,” ujar Dimas. 

“Kenapa kita mesti ada impian? Kenapa tak biarkan saja hidup ini berlalu apa adanya?” soal Hani.

Siapakah Hani, gadis kelahiran Pahang, Malaysia itu? Siapa pula jejaka yang bernama Dimas? Di manakah mereka bertemu? Bagaimanakah terjalinnya pertalian antara dua insan yang mempunyai latar belakang yang berbeza? Adakah hubungan mereka berkekalan ataupun hanya sekadar ‘teman tapi mesra’?

Marilah kita sama-sama ikuti kisah cinta gadis Melayu ini dalam meniti saat-saat bahagia, suka dan duka dalam kehidupannya di samping jejaka Yogyakarta yang menawan itu.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿



Sunday, December 26, 2010

Lovin’ You by Haruno Hana

SOLD TO ZARIFAH

Tajuk : Lovin’ You

Pengarang : Haruno Hana
Penerbit : Kaki Novel
Muka Surat : 409
Harga:  RM 16 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Kira yang digelar 'putera' di sekolahnya bersikap dingin kerana memendam perasaan akibat cita-citanya untuk menjadi pemain piano profesional telah ditentang habis-habisan oleh ayahnya. Ayahnya mahukan dia meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka yang berkembang pesat di seluruh dunia. Kira hampa kerana mendiang datuknya yang mencintai muzik pernah memberi galakan kepadanya untuk bermain piano. Sementelah, kawan karibnya sejak kecil iaitu Setsuna telah berjaya menjadi bintang pujaan ramai dan mendapat sokongan padu daripada keluarganya.

Perjalanan hidup Kira berubah dengan kehadiran Kotomi. Kotomilah satu-satunya gadis yang berani memarahinya dan membuka matanya tentang warna-warni kehidupan di dunia ini. Dengan dorongan dan sokongan yang diberikan, Kira mula membuka hatinya terhadap kemanisan hidup bercinta dan keindahan melodi simfoni yang beralun dari piano.

Namun... kecelakaan yang menimpa Kira telah mengubah kisah mereka berdua.

Bagaimanakah mereka mengharungi badai takdir yang menghempas mereka? Berjayakah mereka mengharunginya bersama sama?
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿



Saturday, December 25, 2010

Harga Cinta by Kusyi Hirdan

Tajuk : Harga Cinta
Penerbit : NB Kara
Pengarang :
Kusyi Hirdan
Harga:  RM 19 (including postage)
15% Harga baru : RM 16.15 (including postage)


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Melayari hidup sebagai anak kesayangan keluarga, tak selalunya ditemani keindahan. Ada ketikanya igauan ngeri menjadi santapan mimpi. Mendapat tahu diri adalah anak angkat, sesuatu yang tidak dapat dibayangkan. Apatah lagi diri dipaksa menerima abang angkat yang telah dianggap sebagai abang sendiri untuk menjadi suami. Diri terbelenggu dengan budi, hati pula terhimpit dengan impian membina hidup sendiri.
Tekanan demi tekanan yang diterimanya memaksa Aida menjauhi keluarga angkatnya demi membina hidup yang belum pasti. Beriltizam membina hidup yang dilimpahi sejalur pelangi, dia ditemukan dengan seorang lelaki yang begitu mendambakan kasihnya. Namun baginya dia hanya akan membina mahligai impian setelah berjumpa dengan lelaki yang mempunyai semua sifat dan perlakuan seperti abang angkatnya tanpa menyedari sebenarnya mereka sama-sama saling menyimpan perasaan antara satu sama lain.
Laluan untuk hidup bersama bukannya semudah mengucapkan 'aku cinta padamu'. Tembok hati yang mereka cipta amat kukuh sehingga tidak memungkinkan salah seorang mengintai di sebalik tembok yang satu lagi. Tiada siapa yang bisa mengoyak takdir jika itu yang telah tersurat untuk diri masing-masing...
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿