Saturday, December 18, 2010

Rayyan Fantasi by Ramlee Awang Murshid

Tajuk : Rayyan Fantasi

Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : ALAF 21

Muka Surat : 512
Harga:  RM 19 (including postage)
15% Harga baru : RM 16.15 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.


Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.


RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿



Thursday, December 16, 2010

Jet Jonah by Ika Madera

SOLD TO LISA
Tajuk : Jet Jonah
Pengarang : Ika Madera
Penerbit : Jemari Seni
Harga:  RM 20 (including postage)
15% Harga baru : RM 17.00 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿



London, 2007
“Tak ada apa pelan!” “Whoaaa whoaaa, kau dah suruh aku bangun pagi-pagi, datang ke sini! Terang fasal tu dan terus balik? Mana aci!” “Habis tu?” “Kita pergi jalan-jalan!” usul Jet. “Ke mana?” “Ahah! Biar Kapten Jet jadi pemandu pelancong anda hari ini ya?” Jonah tertawa mendengar nada suara Jet yang dibuat ala-ala suara Captain Planet pula. Kartun kegemaran mereka berdua waktu kecil dahulu!Ya, biarlah Kapten Jet yang mengemudikan hati itu ke hati ini!

1 Syawal, 1428 
Cantiknya Jonah berbaju kurung warna merah jambu, cair hati Jet: macam manalah tak jatuh hati. Rupanya, hati Ikhwan yang dipautnya. “Izzat, dengar tak apa emak cakap ni? Senyap saja kamu?” “Tak dengar. Maaf, Izzat penat sangat rasanya.” “Hmm... berehatlah. Tak pergi ke mana-mana ke hari ini?” “Rumah Kak Melati tadi.” “Ohhhh, jumpalah Jannah sekali? Sihat dia?”Sihatlah emak! Orang lain bahagia bercinta, anak emak yang merana sekarang ini!

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Sunday, December 12, 2010

Blog Priasetia by Anuar Kamaruddin

SOLD TO NADIAH

Tajuk : Blog Priasetia

Pengarang : Anuar Kamaruddin

Penerbit : NB Kara

Harga:  RM 20 (including postage)

15% Harga baru : RM 17.00 (including postage)


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Tidak membuka laman blog itu sehari, Yuni Shora menjadi gundah. 
Tidak membaca apa yang didiktat oleh Priasetia, hidupnya menjadi serba tidak kena. Laman tersebut teman diwaktu berduka. Seringkala ketika kesunyian melanda, Blog Periasetia menjadi temannya.

Namun tanpa sedar, Yuni Shora akhirnya terperangkap dalam seribu macam cerita Priasetia. 
Kehilangan adiknya, Azroi, kisah silam sahabat ayahnya dan onar Lola Kesandra, si wanita pemburu nafsu, semua berkait dengan Blog Priasetia.

Blog Priasetia, mengumpul segala suka duka, di situ segala ruwetnya kehidupan terburai dan paling penting, di situ kisah cinta Yuni Shora bermula...
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Wednesday, December 8, 2010

Announcement

Salam semua... :)
Di sini ade sedikit announcement dr kami, from now onwards (9 December 2010), sebarang order mestilah dibuat dr hari Isnin sehingga Khamis sahaja. Pembayaran pula mestilah dibuat latest by Friday dlm setiap minggu..Ini bg memberi peluang kepada kami membuat persediaan sewaktu hujung minggu untuk penghantaran pada hari Isnin minggu berikutnya. Kerjasama anda sgt dihargai.....Ape2 pun, if anda semua ada masalah atau soalan bolehlah bertanya dengan kami melalui chat box yg disediakan... Thanks :)

Tuesday, December 7, 2010

Cinta 3 Suku by Herna Diana

SOLD TO ZARIFAH
Tajuk : Cinta 3 Suku
Pengarang : Herna Diana
Penerbit : Alaf 21
Harga:  RM 17 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
‘SKETSA Perang' di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman - gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie - pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿


Friday, December 3, 2010

Gelak Tergolek by Wann Azlan

SOLD TO ZARIFAH
Tajuk : Gelak Tergolek
Pengarang : Wann Azlan
Penerbit : Kaki Novel
Harga: RM 16 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun.

Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.

Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.

Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.


Gelak Tergolek… wajib dimiliki!
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿