Friday, October 19, 2012

Nah, untuk Awak! by Nirrosette


SOLD TO AZIE
Tajuk : Nah, untuk Awak!
Pengarang : Nirrosette
Penerbit : Jemari Seni
Muka Surat : 474
Harga:  RM 16 (including postage)
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
Kau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biru.
Kata Najiha, hidup ini mudah. Punya babah yang menyayanginya sepenuh hati. Kekasih hati yang sempurna di matanya. Kawan-kawan yang setia di sisi. Hidup Najiha sudah lengkap.
Namun, langit tak selalu cerah. Cinta hatinya beralih arah kepada orang yang dia percaya. Najiha terkedu seketika. Hidup ini bukan semudah yang dijangka. Lalu, dia mencari tenang di bumi Korea. Tenang yang dicari sentiasa saja diganggu oleh Si Janggut Sejemput.

 “Awak intip saya ke apa ni?”
“Nak intip awak buat apa? Tak ada maknanya.”
“Habis tu mana-mana saya pergi kenapa saya nampak awak saja?”
“Tempat ni bukan awak yang punya.”
Baru saja luka di hati ini ingin sembuh, Najiha diduga lagi dengan pemergian yang tersayang. Namun, Najiha pasti setiap yang berlaku, pasti ada hikmah-Nya. Jalan bahagia ada di depan matanya. Najiha hanya perlu memilih untuk ke kiri atau ke kanan.
Andai takdir jodohku bukan denganmu, aku percaya Dia telah memilih yang lebih baik untukmu.
***
Selepas Ikhlas, A. K! kini NIRROSETTE membawa kita menelusuri hidup Najiha yang percaya pada pengakhiran yang bahagia. Nah, untuk Awak! Sebuah kisah bahagia bersulam luka ini ditulis dengan pena yang cantik dan bahasa yang santai.
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿

Penunggu Cinta by Zyra Safiya


SOLD TO AZIE
Tajuk : Penunggu Cinta
Pengarang : Zyra Safiya
Penerbit : Buku Prima
Muka Surat : 492
Harga:  RM 16 (including postage)
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
Suatu masa dahulu, Najid, seorang panglima muda yang sarat dengan ilmu persilatan dibunuh kejam. Kematiannya diratapi isteri tercinta, Fatimah. Hari-hari penuh kesepian meragut kewarasannya, menjelmakan Najid di mata. Fatimah dituduh gila.

Hakikatnya, penganiayaan ke atas Fatimah merupakan angkara seseorang yang berdendam kesumat, menagih cinta yang tidak kesampaian. Kini, Hariz dengan kehidupan modennya, telah didesak ayahnya untuk mengahwini tunangnya, Sarah. Pulangnya Hariz ke kampung meleraikan satu penantian. Ada sesuatu telah lama menunggunya untuk didampingi. Bisa cinta membuatkan Sarah akur menjadi mangsa.

Tanpa diduga Hariz, kedinginannya pada Sarah seiring celaru, cemburu dan sangsi. Dua kisah dipisahkan dua zaman namun ditauti api cinta yang merobohkan sempadan masa. Antara mereka penunggu cinta. Antara mereka syaitan durjana. Antara dua pasti ada yang ketiga. Hanya iman mampu menyelamatkan mereka.
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿

Epilog 3 Naga by Kaz Ishak



Tajuk : Epilog 3 Naga
Pengarang : Kaz Ishak
Penerbit : Alaf 21
Muka Surat : 413
Harga:  RM 15 (including postage)
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
Mereka merupakan sahabat karib sejak kecil. Di mana ada Fazarul, pasti akan kelihatan Khalid dan Sean di sampingnya. Kenakalan zaman remaja dirasakan suatu lumrah. Namun, ia mula membawa padah tatkala batasnya dilangkah. Jiwa remaja mereka mula hanyut tidak terbendung.

Khalid tersilap memilih jalan hidup. Sedikit demi sedikit dia terheret ke kancah kumpulan kongsi gelap. Semakin hari semakin sukar untuk melarikan diri.

Keinginan untuk berseronok di sebuah pusat hiburan hanya mengundang sengketa. Tempat sueh itu menjelmakan tragedi. Sean menjadi mangsa pertama.

Fazarul pula masih kuat semangatnya. Dia nekad mahu melepaskan Khalid dari dunia itu. Rakannya dipujuk untuk menyerah diri. Tetapi, tiada yang pasti apabila hati sudah diselubungi dendam. Di manakah titik pengakhirannya?

✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿