Friday, November 18, 2011

Usai...Aku Terima Nikahnya by Umie Nadzimah



SOLD TO ZAHIDAH
Tajuk : Usai...Aku Terima Nikahnya
Pengarang : Umie Nadzimah
Penerbit : Karya Seni
Muka Surat : 493
Harga:  RM 17 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.

Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿



Monday, November 14, 2011

Rindu Tanpa Kata by Ain Marissa


SOLD TO Zati
Tajuk : Rindu Tanpa Kata
Pengarang : Ain Marissa
Penerbit : SR Publication
Muka Surat : 537
Harga:  RM 20 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Sueraya, gadis lembut yang periang. Walauun disisih oleh ibu kandung, tidak pernah sebesar zarah pun terbit dihati untuk membenci ibunya. Persoalan bermain diminda, mengapa aku disisihkan? Mengapa aku di benci? Namun ianya berlalu tanpa jawapan yang pasti.....Perlukah Sueraya bertanya lagi?

Duka membaluti hidup Sueraya, apabila dia lumpuh selepas terjadi satu insiden, hidup ibarat bernyawa tapi tidak berjasad...Tanpa lafaz dibibir dia reda dan pasrah dengan suratan hidupnya apabila dijodohkan dengan anak orang gajinya, Firrhan.

"Hisy...tak naklah Firr. Macam mana nak kahwin dengan dia, mak? Firr pun tak kenal dia, ini baru pertama kali tengok dia, dalam keadaan macam tu pulak... Sesiapa pun akan terfikir banyak kali mak, kalau nak kahwin dengan dia, lagi pun Firr dah ada orang lain dalam hati Firr."

Emilia gadis yang diimpikannya, hanya dia ratu hatinya, hanya dia cinta pertamanya.

"Ya Allah, jika aku boleh berkata-kata, ingin kuucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada insan-insan yang menyayangi diriku. Firrhan, walaupun Sue tidak mengenali dirimu, maafkan Sue di atas segala yang berlaku.Maafkan Sue!"

Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, namun percayalah keikhlasan doa dan keagungan kasih akan merubah takdir.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿


Wednesday, November 9, 2011

Kemilau Mentari by Zuraidah Othman



SOLD TO LISA
Tajuk : Kemilau Mentari (Kompilasi 3 Novel)
Pengarang : Zuraidah Othman
Penerbit : NB Kara
Muka Surat : 133
Harga:  RM 16 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Hatinya benar-benar kecewa. Malam esok majlis pertunangan akan bakal berlangsung, hari ini Rashid sudah menghilang dari mata.

Di mana hendak aku sorokkan muka sedangkan kad undangan sudah diedarkan. Pakaian dan mak andam juga sudah ditempah. Biarpun cuma majlis pertunangan, namun persiapan yang dibuat, bagaikan rumah itu hendak menerima menantu. 

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Ah... cinta! Apa ada pada cinta? Hanya kesengsaraan! Hatinya menjerit menidakkan segalanya. Dendam yang menyala cuba memadamkan perasaan cintanya. Tak guna aku mengecap bahagia bercinta jika derita Kak Zati tidak kubalas. Kakinya terus merapati Fatin. Dia sudah nekad. Gadis itu akan dijadikan mangsa. Biar keluarganya kucar-kacir... biar ibunya berendam air mata... biar abangnya menanggung sengsara dan biar ayahnya mati!  

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Monday, November 7, 2011

Menunggu Kereta Api by Norhayati Berahim


SOLD TO ZAHIDAH
Tajuk : Menunggu Kereta Api
Pengarang : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Muka Surat : 872
Harga:  RM 30 (including postage – POS LAJU sbb novelnye tebal)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Zarul sudah selamat dinikahkan. Karina tahu, berendam air mata darah pun, segalanya tidak dapat ditarik balik. Biarlah... biarlah lelaki itu bahagia. Tetapi, bahagiakan Zarul kalau perkahwinan itu bukan dengan relanya? Dia berkahwin dengan kakak ipar sendiri!

Kasihan lelaki itu. Lelaki yang mengajak dia berkahwin lari. Lelaki yang telah diikat kaki dan tangannya.

Tuhan, barulah dia tahu betapa deritanya putus cinta. Betapa deritanya perasaan yang berkecamuk ini. Zarul tidak putus-putus menelefonnya, tidak putus-putus menghantar SMS kepadanya. Dia membaca SMS itu tetapi dia tidak membalasnya. Dia mahu menjauh. Bagi dia, itu sahaja jalan terbaik buatnya. Melupakan dan waktu akan membantunya.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿



Wednesday, November 2, 2011

Andai Itu Takdirnya by Siti Rosmizah


SOLD TO HONEY
Tajuk : Andai Itu Takdirnya
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima
Muka Surat : 583
Harga:  RM 17 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang. "Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿