Saturday, January 22, 2011

Tuhan Lebih Tahu by Nora Ismail

SOLD

Tajuk : Tuhan Lebih Tahu

Pengarang : Nora Ismail
Penerbit : NB Kara
Muka Surat : 670
Harga:  RM 20 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yang datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yang memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yang cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dengan Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? Namun akhirnya Rina sedar, dalam hidup, bagaimana kita mencaturnya....Tuhan Lebih Tahu
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Wednesday, January 19, 2011

.....Holiday....

Salam semua buat peminat2 novel...
Di sini ada sedikit announcement, kami di NovelBestSeller akan berehat buat sementara waktu atas sebab-sebab peribadi :) berehat di sini bermaksud tidak akan menerima tempahan buat sementara waktu.
Tempahan hanya boleh dibuat latest by 24 January 2011 dan pembayaran hendaklah dibuat sebelum 28 January 2011.
Kami akan bercuti panjang sedikit :D
Kami akan mula beroperasi semula pada 21 February 2011.
Harap maklum.

Sunday, January 16, 2011

Fantasi Cintaku by Fatinilam Sari Ahmad

SOLD TO Nur Azizulfariza

Tajuk : Fantasi Cintaku

Pengarang : Fatinilam Sari Ahmad
Penerbit : Buku Prima
Muka Surat : 492
Harga:  RM 16 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Percintaan antara Riya dan Alam tidak mungkin akan jadi nyata. Riya seorang manusia biasa dan Megat Dewa Alam, manusia vampira yang hidup hanya pada waktu malam. Demi kelangsungan hidup insan yang disayangi mereka harus berkorban, Pengorbanan itu bukanlah sesuatu yang mudah, memusnahkan sebuah jiwa yang penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang.Apakah mungkin Riya akan kembali menikmati cinta sejati setelah Alam meninggalkannya.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿


Thursday, January 13, 2011

3 Campur 1 = 1 by Ana Farhana

SOLD TO Suriani Ismail
Tajuk : 3 Campur 1 = 1
Pengarang : Ana Farhana
Penerbit : Jemari Seni
Muka Surat : 436
Harga:  RM 15 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Kalau tiga orang tak cukup untuk menyayangi Khairina, aku sanggup jadi lelaki yang keempat." ~ Hakimi

I
ARGHHH! Khairina menjerit kuat. Bengang sungguh dia dengan abang-abangnya.
"Menjerit sampai nak cair taik telinga aku," rungut Along.
"Oit! Kau orang ingat benda senang ke?" Susahhh!" omel Khairina.
"Susah apa ke bendanya? Senang aje. Suruh kahwin aje. Itu pun susah ke nak faham?" Mata angah membuntang.

II
"Nah ni gambar adik kami!"
Hakimi ambil gambar tu. Aduhai!
"Oit! Tenung lama-lama nampak," Acik berdeham kecil.
Hakimi kembali ke alam nyata. Dia tersengih seketika.
"Cantik adik kau orang ni, adik betul ke adik angkat?" soal Hakimi.

III
Kenyataan berani mati yang diluahkan oleh Hakimi tadi benar-benar meruntun hatinya. Tapi dia buat-buat selamba badak. Padahal jantung dia macam naj terjatuh keluar; melompat-lompat macam katak.

ANA FARHANA menulis untuk grup 'muda' yang mahu bacaan bermutu tetapi santai dan 'sempoi'. Sekiranya grup 'tua' tidak dapat menghadamkan cerita ini, hmm... ini bermakna usia anda betul-betul sudah 'terawet' dengan jayanya.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

…dan Cinta pun tersenyum. by Nora Ismail

SOLD TO Nur Azizulfariza

Tajuk : …dan Cinta pun tersenyum.

Pengarang : Nora Ismail
Penerbit : NB Kara
Muka Surat : 630
Harga:  RM 20 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
"Ervan... ini matahari pagi, bagus sebagai vitamin D yang penting untuk kekuatan tulang. Kamu tahu kenapa kamu tak tahan dengan cahaya matahari walaupun sedikit? Itu kerana kamu adalah orang yang berambut keperangan asli dan kulit berwarna putih. Orang yang paling tahan terkena radiasi matahari adalah orang yang berkulit gelap. Semakin gelap semakin terlindung dari sinar matahari. Tapi kamu, putih macam cicak! Manalah nak tahan dengan cahaya matahari!"
"What?!" Ervan terpekik.
"Kamu bilang aku seperti cecak?!"
Ervan merengus dengan mata terpelotot ke arah Surihani. Kalau tadi Surihani mengatainya sebagai mannequin, sekarang sebagi cecak pula! Eeii...! Ervan bergedik geli. 
"Iya... cicak... ck... ck... ck..." Balas Surihani sambil menggayakan bunyi cicak. Sengaja mahu menghangatkan hati Ervan. Tanpa menunggu reaksi Ervan, Surihani meneruskan melangkah. 
"Kurang ajar kamu! Dasar cewek jutek! Cuek!" Maki Ervan dengan bengang. ✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Sunday, January 2, 2011

Anarkis by Khairul Nizam Khairani

Tajuk : Anarkis

Pengarang : Khairul Nizam Khairani

Penerbit : PTS
Harga:  RM 27 (including postage)
15% Harga baru : RM 22.95 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Sarjan Awai Anak Gamung, seorang penembak hendap Gerup Gerak Khas membiarkan dirinya dipenjarakan selama lima tahun di wilayah Balkan. Baginya, tiada pengampunan atas dosa yang dilakukannya di wilayah bergolak itu. Sehinggalah pihak Angkatan Tentera Malaysia menjumpainya dan membawanya pulang.

Di Malaysia, dia sedari yang dia tidak punya apa-apa. Anak dan isteri telah meninggalkannya. Dan, bagai bayang-bayang hitam, dosa lalu tidak pernah meninggalkannya. Dia dikaitkan dengan kematian diplomat Britain, Sir  Sir Anthony Morse dan peguam belanya sendiri,  Jagjit Kaur. Keadaan mula menekan, dan dia terpaksa melarikan diri.

Kota raya Kuala Lumpur berubah menjadi medan pertempuran apabila sekumpulan tentera upahan misteri mula menjalankan operasi memburunya. Misi mereka: Sarjan Awai mesti mati!

Apabila nyawa keluarganya terancam, dia berhenti berlari. Daripada seorang yang diburu, dia menjadi pemburu. Kemusnahan mengikut setiap langkahnya. Tiada undang-undang dapat menghalangnya. Dia menjadi...

ANARKIS!
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿