Tajuk : Dan Sepi Pun
Berlalu
Pengarang : Fauziah Ashari
Penerbit : Intens
Muka Surat : 811
Harga: RM 26 (including
postage)
✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿
Syafiq seorang lelaki hidung belang yang pantang melihat
perempuan jelita. Azi , perempuan cantik yang sentiasa teruja memandang lelaki
berharta. Dan…
Afiqah, gadis setia
dengan cinta tetapi malang, terperangkap dalam dunia Syafiq angkara Azi.
Ketika aku sudah
yakin mahu menerima, mengapa begini pula jadinya? Sesaat kemudian, Syafiq
menoleh. Pandangan mereka bersatu. Sejenak, Afiqah terkaku. Seketika kemudian,
dia tersenyum. Ikhlas demi penerimaannya yang jujur. Namun, Syafiq terus
menoleh semula pada dua bakal iparnya bersama wajah selamba. Langsung tidak
membalas senyuman isterinya. Afiqah menunduk. Mengapa hati ini bagaikan ditusuk
oleh sebilah pisau? Mengapa jantung ini bagaikan direntap kasar olehnya? Dan,
mengapa tubuh ini bagaikan dicencang? Ya Allah… dugaanMu saat hati ini sedia
menerima, saat cinta masih setia pada…
“Tolonglah,
hentikan semuanya ni. Di mata manusia, di fikiran masyarakat, kita memang suami
isteri. Tapi ,pandangan Allah, antara kita dengan Allah, abang lebih tau. Kita
tau. Jadi, tolonglah buat sesuatu yang menghalalkan di sisi Allah.” – Afiqah
Jantung Afiqah
tambah berdebar. Renungan suaminya memang tajam membunuh. Dia tau telefonnya
sudah berada dalam genggaman Syafiq. Cuma perlu angkat tangan dan tekan butang
hijau sahaja untuk mendengar suara Zikri di hujung talian. Bagaimana keras
Syafiq mahu mengambil, kian kejap dia memegang tangan suaminya bersama
pandangan yang sukar ditafsir.
“Abang rayu, Ammar
tak bersalah apa-apa pun. Abang tau Iqa tersinggung, marah kerana itu anak
Rozi, err… Azi tapi…” – Syafiq
FA muatkan Pergilah
Sepi di dalam novel ini untuk generasi yang belum pernah memiliki karya pertama
tersebut.
FA menambahbaik isi
cerita di dalam Pergilah Sepi untuk generasi yang sudah memiliki dan membacanya
bertahun dahulu.
‘Dan Sepi Pun
Berlalu’ menggabungkan Pergilah Sepi dan lanjutan suka duka Afiqah dan Syafiq
mengharungi pergolakan rumah tangga dan keluarga mereka di Teratak Usang demi
anda, peminat-peminat setia karya-karya FA dan pembaca setia novel-novel Melayu.
Hayati gelak tawa
bersama Malihah, makna persahabatan, ikatan kasih sayang, misteri di Teratak
Usang dan pelbagai rasa
✿◕
‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿ ✿◕ ‿ ◕✿