"In a revolution, as in a novel, the most difficult part to invent is the end"
Saturday, December 31, 2011
Thursday, December 29, 2011
Fiksyen 302 by Ramlee Awang Murshid
SOLD TO AZIE
Tajuk : Fiksyen
302
Pengarang : Ramlee
Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21
Muka Surat : 501
Harga: RM 20 (including
postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
LAN LANI, JIMMY YEOH,
PRAKASH KUMAR dan FARID JA'AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam.
Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di
dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman
mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan
bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur.
Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku
bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat
diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!

RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Tuesday, December 27, 2011
Cinta Kalut by Faten Anur
SOLD TO AZIE
Tajuk : Cinta
Kalut
Pengarang : Faten Anur
Penerbit : NB Kara
Muka Surat : 678
Harga: RM 25 (including
postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
“Rina, Riz belum
kahwin...”
Terpaku Rina mendengar
kata-kata Mukhriz yang kelihatan tenang. Belum kahwin? Habis kenapa Aidil itu
dikatakan anaknya? Apakah Aidil anak angkat!
Tiba-tiba senyuman
Mukhriz mati. Jantung dan nafasnya seakan terhenti. Mukhriz bingkas bangun dari
kerusi. Matanya tertancap ke satu arah. Kelibat seseorang yang amat
dikenalinya. “Julia!”
Sebaris nama yang
keluar daripada mulut Mukhriz menimbulkan tanda tanya di hati Rina. Siapa
Julia? Kenapa Mukhriz nampak kalut? Terbeliak Rina apabila melihat Mukhriz
menegur wanita itu. Masing-masing seperti terkejut. Kemudian mereka saling
berpeluk-pelukan seperti melepaskan rindu yang sudah lama terpendam.
Rina terkejut dengan
situasi yang berlaku. Adakah itu isteri Mukhriz? Pelbagai prasangka muncul di
benak Rina.
Siapakah perempuan
tersebut dan apakah kaitannya dengan Mukhriz?
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Thursday, December 22, 2011
Ombak Rindu by Fauziah Ashari
SOLD TO LISA
Tajuk : Ombak
Rindu
Pengarang : Fauziah
Ashari
Penerbit : Alaf 21
Muka Surat : 564
Harga: RM 18 (including
postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
IZZAH adalah seorang
gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya.
Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha
tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak
berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu
kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak
saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Monday, December 19, 2011
Cinta Jangan Kau Pergi by Norhayati Berahim
SOLD TO Zati
Tajuk : Cinta
Jangan Kau Pergi
Pengarang : Norhayati
Berahim
Penerbit : NB Kara
Muka Surat : 507
Harga: RM 20 (including
postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
“ENTAHLAH MARIA...
sampai bilalah aku mahu menjadi seperti ini? Sampai bilalah aku mahu
terperangkap dalam tubuh seorang lelaki yang aku cipta sendiri? Aku dihina
kerana fizikal aku. Bahkan kau tahu bukan, orang yang aku sayangi sanggup
mencerca dan menjatuhkan air muka aku sampai begitu sekali.”
Sudah bertahun-tahun
Maria cuba mengubah Zulfa, namun nyata masih lagi gagal. Zulfa tidak akan
berubah dengan paksaan. Dia yakin suatu masa nanti, gadis itu akan menjadi
gadis yang sejati. Akan berubah dengan kehendaknya sendiri.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Dia Yang Kusayang by Diya Elora
Tajuk : Dia Yang
Kusayang
Pengarang : Diya Elora
Penerbit : Tintarona
Publications
Muka Surat : 957
Harga: RM 42 (including
postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Di saat aku menyayangimu, gelora
keikhlasan cintamu teruja, menjengah keyakinanku, sehingga mengeladakkan arus
cinta dan mengucar-ngacirkan benting kesetiaan. Malah, kebencian umpama tombak,
menghunus jantungku sehingga berkecai, meranapkan panji-panji cinta yang megah
berkibar di puncak kasih. Leburlah sebuah janji yang kita ukir bersama.
Kubiar cintaku direnggu demi maruah diri. Kuketepikan sayang demi kebencian. Kurela melihat kau senyum pada orang lain...
Namun, setiap detik kenangan manis kita menjadi perisai, mampu mengatup kelopak mataku, malah menumpulkan tombak kebencian yang begitu tajam. Biar bibirku membilang benci, namun hatiku tetap memanggil nama mu ... sehingga meruntuhkan tembok rasa.
Di saat cinta menyatu semula, kasihmu terbahagi dua. Kepada dia yang menjadi dian di saat kejerihanmu. Dan aku pula ... bagai orang ketiga. Demi itu, biarlah kusimpan rindu ini ...

Tuesday, December 6, 2011
My Love Is Playgirl by Siti Nur Dhuha
SOLD TO NURHASMIZA
Tajuk : My Love
Is Playgirl
Pengarang : Siti Nur
Dhuha
Penerbit : Buku Prima
Muka Surat : 684
Harga: RM 26 (including
postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Puteri Laila merasakan kehadiran Hasrul
dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali
lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila
mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya.
Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila.
Dapatkah Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? Bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Subscribe to:
Posts (Atom)