Saturday, May 4, 2013

Cintaku Luruh di Oxford by Noor Suraya & Imaen



Tajuk : Cintaku Luruh di Oxford
Pengarang : Noor Suraya & Imaen
Penerbit : JS Adiwarna
Muka Surat : 738
Harga:  RM 30 (including postage)
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
Satu penggal yang indah terasa singkat. Zuha terpaksa kembali; Zuha harus berhenti belajar; dan Zuha telah hilang tanpa tanda. Pernahkah Zuha-Falah sedar hati mereka sedang nyanyikan lagu senada sejak itu? Setelah hati mereka luruh di Oxford, mungkinkah hati yang hilang itu temui pasangannya semula?

* * *

Sebuah tulisan cinta - NOOR SURAYA & IMAEN - yang 'dilukis' bersama. IMAEN memperlihatkan kepakarannya mengungkap 'Cintaku Luruh' menjadi sebuah mahakarya dan NOOR SURAYA menggunakan kebolehan berbahasa indahnya untuk menukarkan musim luruh menjadi musim bunga 'di Oxford'.

✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿

Dan Sepi Pun Berlalu by



Tajuk : Dan Sepi Pun Berlalu
Pengarang : Fauziah Ashari
Penerbit : Intens
Muka Surat : 811
Harga:  RM 26 (including postage)
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
Syafiq seorang lelaki hidung belang yang pantang melihat perempuan jelita. Azi , perempuan cantik yang sentiasa teruja memandang lelaki berharta. Dan…

Afiqah, gadis setia dengan cinta tetapi malang, terperangkap dalam dunia Syafiq angkara Azi.

Ketika aku sudah yakin mahu menerima, mengapa begini pula jadinya? Sesaat kemudian, Syafiq menoleh. Pandangan mereka bersatu. Sejenak, Afiqah terkaku. Seketika kemudian, dia tersenyum. Ikhlas demi penerimaannya yang jujur. Namun, Syafiq terus menoleh semula pada dua bakal iparnya bersama wajah selamba. Langsung tidak membalas senyuman isterinya. Afiqah menunduk. Mengapa hati ini bagaikan ditusuk oleh sebilah pisau? Mengapa jantung ini bagaikan direntap kasar olehnya? Dan, mengapa tubuh ini bagaikan dicencang? Ya Allah… dugaanMu saat hati ini sedia menerima, saat cinta masih setia pada…

“Tolonglah, hentikan semuanya ni. Di mata manusia, di fikiran masyarakat, kita memang suami isteri. Tapi ,pandangan Allah, antara kita dengan Allah, abang lebih tau. Kita tau. Jadi, tolonglah buat sesuatu yang menghalalkan di sisi Allah.” – Afiqah

Jantung Afiqah tambah berdebar. Renungan suaminya memang tajam membunuh. Dia tau telefonnya sudah berada dalam genggaman Syafiq. Cuma perlu angkat tangan dan tekan butang hijau sahaja untuk mendengar suara Zikri di hujung talian. Bagaimana keras Syafiq mahu mengambil, kian kejap dia memegang tangan suaminya bersama pandangan yang sukar ditafsir.

“Abang rayu, Ammar tak bersalah apa-apa pun. Abang tau Iqa tersinggung, marah kerana itu anak Rozi, err… Azi tapi…” – Syafiq

FA muatkan Pergilah Sepi di dalam novel ini untuk generasi yang belum pernah memiliki karya pertama tersebut.
FA menambahbaik isi cerita di dalam Pergilah Sepi untuk generasi yang sudah memiliki dan membacanya bertahun dahulu.

‘Dan Sepi Pun Berlalu’ menggabungkan Pergilah Sepi dan lanjutan suka duka Afiqah dan Syafiq mengharungi pergolakan rumah tangga dan keluarga mereka di Teratak Usang demi anda, peminat-peminat setia karya-karya FA dan pembaca setia novel-novel Melayu.

Hayati gelak tawa bersama Malihah, makna persahabatan, ikatan kasih sayang, misteri di Teratak Usang dan pelbagai rasa

✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿