Friday, November 2, 2012

Biar Jarimu Kugenggam by Norhayati Berahim


SOLD TO AZIE
Tajuk : Biar Jarimu Kugenggam
Pengarang : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Muka Surat : 964
Harga:  RM 38 (including postage)
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
Dia tahu, emak pernah menasihati, kalau mahu berkahwin, carilah suami yang mrngikut kata emak, tetapi berpada-pada. Carilah mentua yang berbudi bahasa dan tidak mengada-ngada.

Bila emak melihat Riduan, hati emah seperti tidak suka. Kata emak, Riduan anak emak. Terlalu bergantung dengan emak. Dan kalau berkahwin dengan lelaki seperti itu, emak takut Wilma mendapat bencana. Namun Wilma tidak kisah, dia sudah kenal Riduan lama. Akhirnya perkiraan Wilma tidak mengena.

Rumah tangga bahagia yang diimpikan, musnah begitu sahaja. Namun tanpa Wilma sedar, dalam duka laranya, ada cinta buat kali kedua.
Cinta yang menghapus segala dukacita. Henry, lelaki itu muncul menyambut cinta dan sedia menggenggam tangannya.
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿


Adam & Hawa by Aisya Sofea



Tajuk : Adam & Hawa
Pengarang : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf 21
Muka Surat : 496
Harga:  RM 19 (including postage)
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿