Sunday, February 19, 2012

Ros Biru untuk Dia by Ijazati Habib

SOLD TO SADIAH
Tajuk : Ros Biru untuk Dia
Pengarang : Ijazati Habib
Penerbit : Jemari Seni
Muka Surat : 493
Harga:  RM 20 (including postage)

✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ 

Eh, ingat aku nak kahwin dengan kau? Aku nak kahwin dengan orang lain tau! Bukan kau. Perasan. Macam kau kacak sangat. ~ Lyanna

Suami? Ya, dia isteri aku. Tapi, sayang. Aku tak pandai menghargai. Aku buta. Sekarang baru aku nampak. Aku tak nak sia-siakan dia lagi.
 ~ Fakhrul

Adam tak nak tahu kenapa Lyanna berkahwin dengan orang lain. Yang Adam nak cuma Lyanna hidup bahagia. Adam tahu lelaki cacat macam Adam tak mampu nak berikan apa-apa.
 ~ Adam

Tanpa rela, Lyanna menjadi isteri Fakhrul. Daripada benci, Fakhrul jatuh cinta pada Lyanna. Demi cinta, Adam pasrah melepaskan Lyanna. Akan adakah bahagia untuk mereka bertiga?

Kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh direncana. Kadang-kadang Allah temukan kita dengan orang yang kurang sifat penyayang, supaya kita sedar cinta hakiki hanya daripada Allah. Kadang-kadang Allah pisahkan kita dengan orang yang kita sayang, supaya kita belajar erti menghargai. Kadang-kadang Allah ambil apa yang kita sayang, supaya kita mengerti kepada-Nya kita akan kembali.

IJAZATI HABIB melakarkan perjalanan cinta Lyanna, Adam dan Fakhrul yang penuh emosi di samping mengenalkan kita ke dunia arkitek. Ros Biru untuk Dia buat kita memahami erti cinta sejati.

✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ 





Thursday, February 16, 2012

Kau Tetap Di Sisi by Aishah Abu Hassan


SOLD TO AZIE
Tajuk : Kau Tetap Di Sisi
Pengarang : Aishah Abu Hassan
Penerbit : Buku Prima
Muka Surat : 684
Harga:  RM 25 (including postage)

✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ 

Ainanisha anak jati Malaysia penuntut tahun akhir di Universiti Leeds Metropolitan, Manchester terpilih mengikuti program anak angkat selama tiga bulan. Tuah menyebelahinya apabila dia diterima baik sebuah keluarga yang kaya di Simla, India. Namun, Ainanisha terpaksa menempuh pelbagai dugaan sepanjang berada di rantau orang.

Kedatangan Ahmad Darius menambat hati Ainanisha. Namun tidak terlintas di hatinya untuk menjadi orang ketiga di antara Ahmad Darius dan Tina, adik angkatnya. Cinta yang berputik di hati Ainanisha terpaksa dipendamkan kerana dia tidak mahu menjadi perampas. Biarlah dia berkorban apa sahaja demi Tina.

Dalam diam, Hairil Fahmi yang juga rakan seuniversiti Ainanisha menaruh hati padanya. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu tetapi Hairil Fahmi tewas. Cinta Ainanisha pada Ahmad Darius terlalu kuat. Pelbagai dugaan hebat terpaksa dihadapi Ainanisha sebelum mengecapi kebahagiaannya. 

Bagaimanakah kesudahannya? Hanya ‘KAU TETAP DI SISI’ mengetahuinya.

✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ 

Tuesday, February 7, 2012

(✿◠‿◠) February Promotion


Asyik Sang Puteri by Nurasikin Arshad


SOLD TO SADIAH
Tajuk : Asyik Sang Puteri
Pengarang : Nurasikin Arshad
Penerbit : NB Kara
Muka Surat : 490
Harga:  RM 19 (including postage)

✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ 

Hidup ini adalah impian dan mimpi

Membantu Puteri untuk menjadi seorang puteri bermakna membenarkan Puteri menjadi milik Tengku Mirza... Ah! Tak mungkin!!!

Puteri ni pun satu, kenapalah Puteri terlalu bercita-cita mahu jadi seorang puteri? Isy! Susahkan orang betul! Sudah pasti Azrul tidak mampu memenuhinya walaupun Azrul membanting tulang seribu tahun sekalipun...

Marah Azrul entah kepada siapa. Yang nyata, Azrul benar-benar tidak mahu kehilangan Puteri. Azrul sayangkan Puteri. Ya... terlalu sayangkan Puteri walaupun Puteri sendiri masih tidak tahu.

✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿ ✿◕ ◕✿