Saturday, January 7, 2012

Berbisiklah Rindu by Suhaniza Sulaiman



Tajuk : Berbisiklah Rindu
Pengarang : Suhaniza Sulaiman
Penerbit : Buku Prima
Muka Surat : 476
Harga:  RM 16 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Kerana dendam lampau yang tidak berkesudahan, ramai yang telah merana dan menjadi korban. Kerana dendam itu juga, maka terciptalah pertemuan antara Iswan, Misha, Haikal dan Marsha.

Pertemuan yang tidak dirancang membuka lembaran baru dalam hidup Iswan yang masih lagi terluka serta kecewa ditinggalkan si kekasih sewaktu ikatan pertunangan ingin disatukan menjadi ikatan suci suami isteri yang berkekalan abadi. Ia juga memberi sinar cinta dalam hidup Misha yang kini sudah mula mengenal erti rindu dan kasih sayang yang membuai hati dan perasaan.

Malah menjanjikan seribu satu kebahagiaan buat Haikal dan Marsha yang masih lagi dibelenggu kisah silam yang pahit dan sukar untuk dilupakan.

Musibah yang datang akibat peristiwa lampau yang masih lagi memburu hidup mereka begitu menguji sedalam mana kasih sayang di antara empat insan bercinta ini. Namun kerana bisikan rindu yang kuat menggamit jiwa dan kasih sayang yang sentiasa utuh di hati, mereka mampu mengukuhkan ikatan percintaan yang murni sehingga berjaya mencipta kebahagiaan buat selamanya.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿



Tuesday, January 3, 2012

Lafazkan Cintamu by Aida Adriani



Tajuk : Lafazkan Cintamu
Pengarang : Aida Adriani
Penerbit : Alaf 21
Muka Surat : 502
Harga:  RM 15 (including postage)
Note: Terdapat 8 mukasurat tidak bercetak

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Mengenali lelaki itu adalah detik-detik terindah dalam hidup Erina. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun, di saat dia mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki. Sewajarnya... dia tidak akan memburu cinta yang tak pasti!

Lantas, Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan di lubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta tak semestinya bersatu! Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia.

Aduhai perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengar dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka...
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿