Sunday, October 30, 2011

Rindu di Awan Biru by Meen Zulaikha


SOLD TO Azila
Tajuk : Rindu di Awan Biru
Pengarang : Meen Zulaikha
Penerbit : Alaf 21
Muka Surat : 518
Harga:  RM 17 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia Œbercina buta¹ untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿



Saturday, October 22, 2011

Hujan Rindu by Anita Aruszi



Tajuk : Hujan Rindu
Pengarang : Anita Aruszi
Penerbit : Fajar Pakeer
Muka Surat : 795
Harga:  RM 22 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Kerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup meredah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang terlantar koma.

Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang di bumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, di sebuah negara asing.

Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya di sebuah negara yang tak pernah dijejakinya selama ini, Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok Anjang, datuknya.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿



Sunday, October 16, 2011

Bila Dah Suka by Mimie Afinie


SOLD TO AZIE
Tajuk : Bila Dah Suka
Pengarang : Mimie Afinie
Penerbit : KarnaDya
Muka Surat : 537
Harga:  RM 16 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?

Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.

‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Saturday, October 15, 2011

Kupujuk Hati by Zuri Yanie


SOLD TO AZIE
Tajuk : Kupujuk Hati
Pengarang : Zuri Yanie
Penerbit : Alaf 21
Muka Surat : 488
Harga:  RM 17 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

BERPERWATAKAN lelaki itulah keselesaan yang ada pada gadis bernama Ain Haryani. Itu dulu, tetapi sekarang tidak lagi. Dia rupa-rupanya sedang diintai. Dalam diam, neneknya mahu menjodohkannya dengan sepupu sendiri bernama Dr. Adam Amri.

Ain suka, tetapi dia takut untuk bercinta dengan Amri. Namun, melihat keprihatinan dan tanggungjawab Amri terhadapnya, sedikit demi sedikit dia cuba memberikan cintanya kepada lelaki itu. Lalu, tali pertunangan diikat.

Menjadi tunangan orang ada sahaja dugaannya. Kehadiran Dani menggugat kelelakian Amri. Perasaan cemburu melihat Dani bermesra dengan Ain merobek hatinya. Walau Ain menafikan dan menegaskan hubungan mereka atas urusan kerja, namun Amri sukar mempercayainya.

Melayari alam perkahwinan pun ada ujiannya. Ada sahaja yang tidak kena. Haluan Ain ke kiri dan Amri pula memilih haluan ke kanan. Kehadiran Dr. Sufi merebut cinta Amri menyesakkan fikiran Ain.

Ain harus pujuk hatinya sendiri. Perlukah dia meninggalkann Amri bagi memberi peluang kepada Dr. Sufi ? Namun, kasihan anak yang dikandung ini. Amri seolah-olah lupa tanggungjawabnya! 

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿



Friday, October 7, 2011

Ingat Janji Kita by Murni Aqila


SOLD TO ZAHIDAH
Tajuk : Ingat Janji Kita
Pengarang : Murni Aqila
Penerbit : Alaf 21
Muka Surat : 520
Harga:  RM 20 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri.

Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya.
Apabila tiba masanya...

“Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.”
“Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya. Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga.

Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿



Monday, October 3, 2011

Keimanan Cinta by Munie Asra


SOLD TO NADIAH
Tajuk : Keimanan Cinta
Pengarang : Munie Asra
Penerbit : Galeri Ilmu
Muka Surat : 269
Harga:  RM 15(including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

“Cinta kepada isteri kamu tidak seharusnya melebihi cinta kepada Allah dan Rasul.”
Mendengar kata-kata Tan Sri Koh, Alan tersedar. Dia lupa menyandarkan harapan hanya kepada Allah. Alan beristighfar, moga Allah tidak menarik kembali keimanan cinta kepada-Nya.

Fazura, seorang novelis muda memenuhi masa lapang di Rumah Anak Yatim Baiduri. Di situ, dia berkenalan dengan seorang lelaki Cina tua. Fazura tidak menyedari bahawa lelaki itu adalah Tan Sri Koh, seorang hartawan Malaysia.

Alan Koh, cucu Tan Sri Koh dipaksa berkahwin dengan Fazura. Sekiranya dia ingkar, datuknya mengugut untuk menarik kembali harta dan perniagaannya. Fazura menghidap leukemia tetapi merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan Alan kerana dia tidak inginkan cinta yang lahir dari simpati.
Pada saat Fazura dan Alan mula rapat, muncul Andy Azman, seorang pemuda yang Islam hanya pada nama, menaruh perasaan pada Fazura. Adakah Alan akan melepaskan cintanya? Mampukah Fazura bertahan dengan penyakit leukemianya? Mampukah Andy menghadapi ujian cinta dari-Nya?

Sedikit petikan bab:

Alan tidak dapat menumpukan perhatian pada bacaan. Kata-kata datuknya masih terngiang-ngiang di telinganya. Nampaknya datuknya serius kali ini. Datuknya benar-benar ingin melihat dia berkahwin.
“Granpa, she’s a Muslim. I can’t marry her.”
“You embrace Islam. Then, you will be a Muslim too.”
“What? Are you crazy?”Alan terkejut dengan kata-kata datuknya. Dia tidak sangka begitu mudah datuknya membuat kesimpulan – menyuruhnya memeluk Islam. Bukankah dulu datuknya sendiri yang selalu merendah-rendahkan Islam? Bukankah datuknya yang mengata Islam adalah agama yang ketinggalan zaman dan agama ekstrim?
“Granpa, I don’t believe in God.” Alan mengingatkan datuknya. Dia tidak percaya adanya Tuhan. “Do you think God really exist?”
“Marry her, then you will find the answer,” jawab Tan Sri Koh.
“If I refuse?” Alan menguji kesungguhan datuknya.
“Remember, I’m still alive. I can take back the company and donate all the asset to charity. I’m old already,” ugut Tan Sri Koh.
Nampaknya datuknya serius sekali. Alan tahu kalau datuknya sudah membuat keputusan, sukar bagi sesiapa pun untuk mengubahnya.
“Let me see her first.”Alan beralah.
Tan Sri Koh senyum.
“You will never regret, grandson,” Tan Sri Koh menepuk belakang Alan sambil menyanyi-nyanyi kecil. Cepat pula dia berubah apabila Alan menyatakan persetujuan untuk menemui Fazura. Ternyata gadis itu seorang yang penting bagi datuknya.
“I hope so,” dengus Alan sambil berlalu pergi.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿