Sunday, November 28, 2010

Kembalikan Cintaku by Norhayati Berahim

SOLD TO Masna Nawawi
Tajuk : Kembalikan Cintaku
Pengarang : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Harga: RM 20 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
"Cinta mereka telah ditakdir akan diduga"

Rasanya tidak pernah seorang pun manusia di dunia, memohon untuk merasa sakit dicintai dan ditinggalkan pergi. Begitu juga Wardina. Dicintai juga tidak pernah dipinta apatah lagi ditinggalkan di saat bulan madu masih merah menyala. Zafrul suaminya pergi tanpa khabar berita. Wardina tertekan dan kadangkala rasa terhina. Pantasnya seorang lelaki berjanji, pantasnya mereka pergi. Namun sebagai manusia, Wardina harus akur takdir yang telah diaturkan untuknya...

Wardina hanya sebatang kara. Semasa menuntut dia bertemu dengan Zafrul yang sememangnya suka berfoya-foya dan mabuk. Tabiat buruknya itu telah hampir membuatnya terbunuh di dalam kemalangan. Kebetulan Wardina ada berdekatan, maka dialah yang menyelamatkan Zafrul. Sejak hari itu, Zafrul mula jatuh hati pada Wardina dan cuba mendekati gadis itu. Bermacam-macam helah dibuatnya untuk memenangi hati gadis itu. Tanpa serik, akhirnya dia berjaya menawan hati Wardina lalu mereka menikah dan bahagia sehinggalah ke hari Zafrul pulang ke Malaysia kerana memenuhi permintaan bapa Zafrul yang sememangnya tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut. Kerana wang ringgit dan kedudukan yang dijanjikan oleh bapanya telah membuatkan Zafrul alpa akan tanggungjawabnya terhadap Wardina. Kehilangan Zafrul telah mendorong Wardina untuk menyusuli Zafrul sebaik saja pengajiannya tamat. Namun kepedihan yang sedia ada, menjadi bertambah parah apabila matanya sendiri menyaksikan perkahwinan si suami bersama perempuan lain. Hancur luluh hati Wardina dan dia bertekad untuk membawa dirinya jauh dari bumi Malaysia.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Thursday, November 25, 2010

Sayang Seorang Qaiser by Anuar Kamaruddin

SOLD TO Nina
Tajuk : Sayang Seorang Qaiser
Pengarang : Anuar Kamaruddin
Penerbit : NB Kara
Harga: RM 18 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Qaiser seorang lelaki yang biasa-biasa sahaja. Orangnya cukup sederhana, tetapi hatinya dipenuhi dengan limpahan kasih sayang. Jiwanya sentiasa ada rasa cinta. Dia disayangi semua terutama saudara mara.
Tanpa disedari, ada sepasang mata memerhati. Menagih cinta dari sang lelaki . Qistina gadis kaya raya yang kosong jiwanya. Terpesona kerana budi bahasa bukan kerana harta.
Namun apa pun dugaan melanda, cinta ke dua mereka tidak tergugah dan pasti tetap bersatu kerana sayang seorang Qaiser, tidak pernah memilih-milih.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Lafazkanlah Kalimah Cintamu by Siti Rosmizah

SOLD TO Juliayati Abdul Karim 
Tajuk : Lafazkanlah Kalimah Cintamu
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : SR
Harga: RM 23 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Saya Suka Ya? Saya Suka Tidak? by Manjlara

SOLD TO SITI NOR HIDAYAH
Tajuk : Saya Suka Ya? Saya Suka Tidak?
Pengarang : Manjlara
Penerbit : Jemari Seni
Muka Surat : 443
Harga: RM 16 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Jodoh itu rahsia Allah


Allah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta. Allah temukan dia untuk aku mengenal kaca dan permata. Andai bersua lagi, akan aku kotakan janji padanya. Tetapi benarkah, dialah pilihan hati?

Qisya Amni, gadis manis yang tinggal bersama ayah saudaranya sejak kecil. Walaupun tidak disenangi Mak Long Ainun, namun Pak Long Mukri sangat menyayanginya. Pada mata Qisya Amni itu tertulis cerita. Setiap kali memandang matanya, seakan turut mendengar kisahnya.

Membesarkan anak perempuan bagaikan memiliki harta yang dipinjamkan orang. Sampai waktu dan ketika, harta itu akan dikembalikan. Lalu dia mahu yang terbaik untuk anak saudaranya yang piatu itu. Tetapi bagaimana, jika hati Qisya menulis yang lain. Kadang-kadang cinta boleh buat seseorang itu sesat. Kadang-kadang pula, cinta boleh buat seseorang mengembara. Dan.. sang pengembara pula, pasti akan bertemu dari mana asal hatinya.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Wednesday, November 24, 2010

Tiga Ceritera dalam Sebuah Warna by Nazurah Aishah, Rynsa, Nasz

SOLD TO NURUL NADIA
Tajuk : Tiga Ceritera dalam Sebuah Warna
Pengarang : Nazurah Aishah, Rynsa, Nasz
Penerbit : Jemari Seni
Harga: RM 18 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Tiga buah ceritera dalam sebuah WARNA


Warna I – Nazurah Aishah
Bukan Dipaksa.....kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh
Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. Biarpun tiada Affan di sisi. Affan yang berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yang telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dengan nyawaku.

Warna II – Rnysa
Hikari Ainori....the love ride of hikari
Kisah ini adalah kisah cinta mereka yang pernah hilang. Kisah ini adalah kisah pencarian diri mereka yang pernah tersasar jalan. Mencari semula cahaya hidup yang pernah suram. Mencari kembali makna diri yang pernah pudar.

Warna III – Nasz
Karamel.. karamel itu benda hangus yang sedap
Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.
“Bila pula saya suruh duduk?” dia tanya aku, keras.
“Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya ‘s-u-k-a’ berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula.” Aku jawab, lembut. Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

26 Episod Gosip by Haswida Abu Bakar

SOLD TO LISA
Tajuk : 26 Episod Gosip 
Pengarang : Haswida Abu Bakar
Penerbit : Jemari Seni
Muka Surat : 447
Harga: RM 17 (including postage)
15% Harga baru : RM 14.45 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Seperti hidup ini, ada benda yang kita mahu pilih sekali sahaja sepanjang hidup: kekasih. Ini kisah di belakang tabir. Cerita Ain Nurlisa yang keras hati pada cinta bermula dari sini... ‘di dalam’ dan ‘di luar lokasi’ bersama krew produksinya...


Scene 1“Ingat kau orang ikut mak dan Posh berkaraoke!” “Mak pandai menyanyi ke?” “Bolehlah!” “Hessyy! Jangan buat main, Misha Omar tu... suara sedap,” celah pelakon baharu, Ari Zaman. “Suara mak tu... mula aja ala-ala Misha Omar, lepas tu jadilah suara Hattan ke Jamal Abdillah la pula!” seloroh juruaudio produksi.Scene 2“Wah, Jeffri Husin sejak bila pulak suka pakai blusher ni? Cap apa?” usik Rosie. “Bukan senang tau, nak ‘terpakai’ blusher yang ada corak lima jari kat pipi macam ni,” gurau Jeffri. Telapak tangan Ain masih pedih, sepedih hatinya. “Hey girls, hati-hati kau orang dengan pelakon pujaan Malaya ni. Nanti frust terlebih tonggeng kau,” leter Posh.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Kompilasi Novel Nostalgia - Seharum Kasih, Sesuci Cinta, Setulus Janji by Aina Emir


SOLD TO Masna Nawawi

Tajuk : Kompilasi Novel Nostalgia - Seharum Kasih, Sesuci Cinta, Setulus Janji
Pengarang : Aina Emir
Penerbit : KarnaDya
Harga: RM 30 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Sesuci Cinta, merupakan novel pertama Aina Emir, membawa anda bertemu dengan watak Nuraina yang tinggalkan negara tercinta untuk merantau bagi mengubat hati yang terobek. Di England, kepedihan dan kekecewaan Nuraina terubat jua dengan kehadiran lelaki yang bernama Behzad. Namun manusia… sehebat mana pun merancang, Tuhan yang menentukannya. Lambaian Istana AlHambra di Andalusia, membawa Nuraina bertemu kekasih lamanya, Armand. Mampukah Nuraina menemui kebahagiaan seperti yang diimpikan?


Novel kedua, Seharum Kasih membawa pembaca bertemu Rasya Aleeya dan Syed Reeza. Apakah mungkin dua hati mampu merindui pada bait kata-kata? Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Atau ini sekadar ilusi dan trend orang muda sahaja? Mampukah Rasya mengharungi segala sakit dan perit untuk menemui sebuah keharmonian cintanya?

Setulus Janji, novel ketiga pula akan membawa anda bertemu Insyirah dan Ilham, dua beradik angkat yang pernah dibesarkan bersama. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Setelah bertahun memendam rasa, Insyirah memilih Aiman sebagai tempat berpautnya. Ketika itu, hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka. Di manakah letak keikhlasan hati pasangan yang bercinta? Apakah janji mampu menyemarakkan rindu yang kian menjadi pudar dan suram?
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Kristal Kristal by Misdhiaz

SOLD TO Nina
Tajuk : Kristal Kristal
Pengarang : Misdhiaz
Penerbit : Jemari Seni

Muka Surat : 361
Harga: RM 15 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Someone!

Someone tu siapa?
Someone to love... is DR Luv...

Kasih Iris Arshad!
Nama itu terlalu istimewa; buat dia nanar suatu waktu dulu! Lalu nota-nota perak dia titipkan buat memecah 'rasa' si gadis. Momen indah itu selayaknya tercipta dengan kelainan yang abadi. Biarpun si gadis tidak mampu untuk dimiliki.

Silapnya dia terlalu bergantung pada naluri. Silapnya dia membiarkan gadisnya terus meneka dalam kesamaran. Masihkah ada sisa waktu untuk mereka?

Aduhai hati, Murahkah cintanya selama ini, miskinkah sayangnya pada dia. Atau dia sudah lelah menunggu? Lalu, akhirnya dia harus bagaimana?

DR Luv...
Suka itu tak semestinya cinta. Sayang itu tak semestinya kasih. Kepastian adalah tunggak segala penantian. Aku sedia menunggumu sehingga terbuka kata. Kalau cinta, lafazkanlah!
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Antara Safa dan Marwah by Ismad Astar

SOLD TO LISA
Tajuk : Antara Safa dan Marwah
Pengarang : Ismad Astar
Penerbit : Jemari Seni
Muka Surat : 466
Harga: RM 17 (including postage)
15% Harga baru : RM 14.45 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Ini kisah teganya hati seorang ibu meninggalkan anak yang baru berusia enam bulan; dan teguhnya hati sang anak mencari umi yang menghilang itu.



Kenapa ya sejak akhir-akhir ini hati semakin kerap dioles rindu pada umi? Mungkin sebab dia berada jauh dari Jeddah. Atau Masjidilharam tidak sedekat dulu untuk dijadikan tempat menenteramkan jiwa. Atau umi sudah terlalu hampir sehingga baunya boleh dihidu oleh panca keenamnya?
Di mana nak dicari di Malaysia ini, seorang wanita bermata biru-hijau dan berumur sekitar lima puluh tahun. 
Ah, dia rindu sangat pada umi.
Ini cerita seorang perempuan yang terpaksa membuat pilihan hati – Muaz yang disukai ayahnya, Faisal lelaki berambut perang yang dulunya membenci kaum Hawa atau Hizbul yang pernah melukakannya tapi kini kembali menagih hatinya. Dia buntu!
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Nyanyian Tanjung Sepi by Noor Suraya

SOLD TO Nurulhuda
Tajuk : Nyanyian Tanjung Sepi
Pengarang : Noor Suraya
Penerbit : Creative Enterprise
Harga: RM 34 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Dan sepi itu terus menghambat aku kemana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai , masa yang indah itu sudah pergi semuanya...sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini.Aku seperti camar yang patah sayap.Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan.


Aqmar : Senyuman itu membuat hutan rasanya terbakar, dan lirikan mata sang bidadarinya membuat beku hatinya bisa cair.

Zainur : Beku hatinya pernah 'sekali' cair dengan panahan mata sang dewi cinta. Cintanya pernah hangus pada sinar api renungan dia.

Khalida : Kekasih, akulah tulang rusuk kirimu yang hilang itu!
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Ehsan: http://cesb.net.my/

Panggil Aku Dahlia by Noor Suraya

SOLD TO Nur Azizulfariza
Tajuk : Panggil Aku Dahlia
Pengarang : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni
Mukasurat : 542 Halaman
Harga: RM 18 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.


Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah? Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!

Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.

Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Rembulan Berdarah by Anita Ruszi

SOLD TO HEIDI
Tajuk : Rembulan Berdarah
Pengarang : Anita Ruszi
Penerbit : Kaki Novel
Mukasurat : 786 Halaman
Harga: RM 20 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
DIA tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat sang puteri di dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.

NAMUN mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

PENGANIAYAAN demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya, Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.

APAKAH perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿


Tuesday, November 23, 2010

Tumbiruo Penunggu Rimba by Ramlee Awang Murshid



SOLD TO BRO KNIE
Tajuk : Tumbiruo Penunggu Rimba
Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21
Harga: RM 16 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿






Murni Kasih by Norhayati Berahim


SOLD TO Zuriaty
Tajuk : Murni Kasih
Pengarang : Norhayati Berahim

Penerbit : NB Kara
Harga: RM 20 (including postage)
15% Harga baru : RM 17.00 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Kenapa terlalu sukar dia mahu melafazkan apatah lagi mahu meluahkan. Apakah cinta itu sebenarnya hanya mainan perasaan? Tetapi kenapa semakin disimpan, semakin terdera rasanya?

Ahh... segalanya benar-benar menyakitkan. Dipendam, terasa sakit, mahu diluah terasa perit. Lantas lelaki itu sedar, dia perlu membuat satu keputusan...
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

You Ni.. Ayat-ayat Jiwa by Putraery Ussin

Tajuk : You Ni.... Ayat-ayat Jiwa

Pengarang : Putraeary Ussin
Penerbit : Kaki Novel
Harga: RM 16 (including postage)
15% Harga baru : RM 13.60 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itulah yang dirasakan oleh Ery dan Yun saat cinta mereka terbelah dua. Di saat hati saling terpaut, telah ada insan yang telah setia menanti kehadiran mereka.


Hendak diceritakan kepada siapa yang boleh dipercaya tentang perasaannya ketika ini? Hendak berkongsi juga tidak tahu bagaimana hendak dimulakan segala yang berlegar di benaknya. Maka terpaksa dibiarkan sahaja berlalu tanpa suara dan tanpa tindakan sewajarnya. Perasaan itu kalau dibiarkan pasti ada hati yang terluka. Lebih teruk ada jiwa yang akan terseksa. – Ery Di sana si dia menunggu cuma jaraknya jauh, ikhlasnya sudah pasti tetapi jauh itu mengundang rindu yang menusuk kalbu. Di sini bermain di mata, dekat jaraknya terlalu hampir tetapi hendak dipeluk takut dia terus lari menjauh dan terus menjauh lagi lalu pergi. - Yun

Mampukah mereka meluahkan yang terbuku? Bercantumkah hati-hati mereka? Hanya mereka yang berhak menentukan pilihan hati mereka.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿


Surat Ungu untuk Nuha by Noor Suraya

SOLD TO Nur Azizulfariza
Tajuk : Surat Ungu untuk Nuha
Pengarang : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni
Harga: RM 16 (including postage)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Novel ini membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspres Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada ‘titik’ sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu!
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Bingkisan Dari Hati by Norhayati Berahim & Anuar Kamaruddin

SOLD TO Nurul Nadiah 
Tajuk : Bingkisan Dari Hati
Pengarang : Norhayati Berahim & Anuar Kamaruddin
Penerbit : NB Kara
Muka Surat: 576 halaman
Harga: RM 20 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
PESANAN QADIR JILANI
Hajar, seorang penulis tersohor, dilanda masalah. Kiri kanan menikam. Ada yang mengambil kesempatan. Setegas mana jiwa wanitanya, dia kadangkala kalah dengan resah jiwa. Kata nenek, dia perlukan seseorang yang jujur, yang cerdik untuk membantu. Di mana mahu dicarinya orang yang jujur tetapi cerdik itu?
Hadi, seorang lelaki yang tegas pada prinsip, ditemui dengan secara tidak sengaja. Pada mulanya tidak ada rasa antara mereka. Tetapi Tuhan telah mengaturkan sesuatu yang cantik dan molek di sebalik pertemuan itu.

TERAWIH TERAKHIR
Qushairi, seorang sahabat sejati di sisi Anwar Arasy. Sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat temannya itu terus hidup. Sesungguhnya dia tidak sanggup menghadapi sebuah kehilangan satu-satunya sahabat yang pernah susah senang dengannya. Dalam meniti hujung usianya, Anwar Arasy isikan dengan segala amalan dan kebaikan. Segala peluang dan kesempatan direbutnya. Dan sebelum tiba masanya, hanya satu yang ingin dihajatinya... menyempurnakan terawihnya hingga ke akhir...
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Garis-garis Deja Vu by John Norafizan

SOLD TO NADIAH
Tajuk : Garis-garis Deja Vu
Pengarang : John Norafizan

Penerbit : Jemari Seni

Harga: RM 20 (including postage)

15% Harga baru : RM 17.00 (including postage)


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Kata Rumi:
pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya mereka sudah bersama sejak dari azali lagi Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza. Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa. Dan satu takdir yang tersimpul mati! Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vu Suatu pelarian tanpa noktah dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien. Kenapa setelah sepuluh tahun berselang Ashraf harus mencari Laila yang hilang sedangkan isterinya, Nini ditinggalkannya pergi? Dan begitu mahalkah harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkan-Nya demi dia?
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Cinta Kau dan Aku by Siti Rosmizah

SOLD TO Farahaslinda
Tajuk : Cinta Kau dan Aku
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima
Mukasurat : 684 Halaman
Harga: RM 16 (including postage)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿